Beberapa perkembangan lain:
> Zaid hari ini dalam satu sidang akhbar khas menggesa Anwar dan Azmin melepaskan jawatan dan kedudukan mereka dalam PKR.
> Zaid juga mendakwa mereka berdualah sebenarnya punca kepada masalah di dalam PKR sekarang.
> Beberapa calon yang bertanding merebut jawatan tinggi termasuk di sayap Wanita dan Pemuda dikatakan bersedia untuk menarik diri. Mereka mengadu pucuk pimpinan parti gagal menyelesaikan dakwaan berlakunya manipulasi dalam undian.
> Zaid mendakwa beliau hanyalah seorang yang bersuara lantang yang mewakili pandangan dan hasrat kebanyakan penyokongnya.
> Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, nama Zaid masih tertera pada kertas undi dan beliau masih merupakan calon yang bertanding untuk jawatan timbalan presiden kerana belum menyerahkan surat peletakan jawatan.
TERBAHARU...LAPORAN LANGSUNG DARI SIDANG AKHBAR DATUK ZAID IBRAHIM DI RUMAHNYA DI TROPICANA DEKAT PETALING JAYA 11 PAGI INI - hadir sama di sidang akhbar itu ialah seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR,Mustapha Kamil Ayub.
Calon Naib Presiden N Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah ada dalam rumah itu tetapi tidak sertai sidang akhbar.Zaid antara lain menegaskan beliau TAK AKAN KELUAR PKR.
Katanya kenapa beliau perlu keluar parti.Menurut Zaid beliau hanya menyuarakan rasa tidak puashati akar umbi terhadap kepincangan pemilihan PKR.Dakwannya hanya puak Azmin Ali saja yang puashati dengan proses pemilihan
salam, lama tidak menjenguk blog ini. blog ini sudah dipaut
BalasPadamBubarkan saja.
BalasPadamAku Yang Bingai
Politik: Antara Zain, PakLah, Tun Ghafar dan Ku Li