tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 6 November 2010

FAKTOR KEMENANGAN BN DI GALAS

SEGALA debaran sudah berakhir. Barisan Nasional (BN) yang pada awalnya dianggap tidak dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah mencatatkan keputusan sebaliknya. Parti itu menang dengan majoriti 1,190 undi.

Jumlah majoriti itu mengejutkan banyak pihak memandangkan sejak kempen bermula pada 26 Oktober lalu, ramai yang mengatakan cabaran BN cukup getir memandangkan mereka berhadapan dengan musuh tradisi iaitu Pas yang turut menjadi kerajaan negeri di Kelantan.

Tetapi pengundi-pengundi di Galas mempunyai fikiran yang berbeza. Jika pada tahun 2008, mereka menghumban BN ke lembah kekalahan berikutan faktor calon dan isu nasional, namun pada pilihan raya kecil kali ini, mereka membuktikan sebaliknya.

Mereka memberi kemenangan besar kepada calon BN yang dianggap muka baru iaitu Abdul Aziz Yusoff bagi membolehkan beliau menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed yang berusaha buat kali ketiga untuk menjadi 'Yang Berhormat'. Sebelum ini Dr. Zulkefli yang dikatakan pemilihannya tidak begitu disenangi oleh jentera Pas sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Kejayaan ini adalah juga kerana sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang secara konsisten menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan BN untuk merampas kerusi DUN Galas. Biarpun dilihat mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan, namun demi kepentingan parti, Tengku Razaleigh bersedia menerima amanah yang cukup besar iaitu mengepalai jentera BN sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Sejak dilantik, biarpun berhadapan cabaran getir, Tengku Razaleigh sentiasa tenang, senyuman sentiasa terukir di bibir walau ke mana sahaja beliau pergi. Cubaan pembangkang membangkitkan isu kononnya beliau merajuk apabila tidak mengiringi Abdul Aziz yang merupakan pilihan beliau ke dewan penyerahan borang pencalonan ternyata gagal.

Tengku Razaleigh tidak peduli itu semua, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian mengatur strategi tersendiri sehingga saat-saat akhir kempen bagi memastikan kemenangan calon BN. Tugas Ahli Parlimen itu menjadi mudah bukan sahaja kerana Abdul Aziz mempunyai latar belakang bersih tetapi juga dibantu oleh kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat melalui gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dikatakan menjadi penarik kepada pengundi-pengundi untuk kembali menyokong BN.

Wawasan Perdana Menteri disampaikan dengan penuh berkesan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun hanya dua kali turun ke Galas. Ini kerana Muhyiddin juga memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan menaruh penuh kepercayaan kepada Tengku Razaleigh mengatur strategi.

Kehadiran kali kedua dan terakhir Timbalan Perdana Menteri ke Galas iaitu sehari sebelum pengundian dikatakan turut memberi impak apabila dalam majlis bersama rakyat di Kampung Bahru, Gua Musang, Muhyiddin secara tegas memaparkan agenda kerajaan dalam mensejahterakan hidup rakyat.

Hujah beliau berhubung sikap BN yang sentiasa menunaikan janji dengan disertakan fakta turut menarik perhatian pengundi. Kebolehan Tengku Razaleigh, kewibawaan Perdana Menteri dan kemampuan Muhyiddin telah memberi semangat kepada jentera BN untuk bekerja bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah menggempur semua peti undi, biarpun ia berada di kawasan yang dianggap 'hitam'.

Sama ada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, kesemua mereka turut memainkan peranan cukup berkesan melaksanakan tanggungjawab menarik pengundi menyokong BN. Setiap hari, ada sahaja aktiviti dan gerakan yang dilakukan sehingga ia 'melemaskan' Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertindak balas.

Kemuncaknya ialah sehari sebelum mengundi apabila ketiga-tiga sayap berkenaan 'menggempur' setiap penjuru DUN Galas. Gerakan 'Gelombang Merah' yang menyaksikan Wanita dan Puteri UMNO 'menawan' hampir kesemua kawasan hitam terutamanya di pekan lama Gua Musang turut membuahkan hasil.

Gerakan 'Gelombang Merah' itu yang dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusof ternyata memberi kesan kepada pengundi.

Pada hari yang sama, ketika tempoh kempen memasuki saat-saat kritikal iaitu 12 jam sebelum pengundian, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang diberi tanggungjawab menjaga Sungai Terah yang merupakan kubu kuat Pas melakukan apa yang disifatkan oleh seorang teman sebagai 'gempuran komando'.

Ia kerana Mustapha dengan penuh berhemah berjaya menembusi kubu kuat itu dengan menemui pengundi-pengundi di kawasan berkenaan secara bersemuka, bukan sahaja di dalam kawasan BN tetapi juga kawasan Pas. 'Keberanian' tersebut telah memungkinkan BN berjaya mengendurkan jumlah majoriti Pas di kawasan itu di paras yang cukup signifikan.

Kegigihan pemimpin dan jentera BN ini telah memungkinkan peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina turut dikuasai parti itu atau sekurang-kurangnya mencapai sasaran peratusan undi yang dikehendaki. Selain itu, ia juga berjaya menggelakkan sebarang unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menjadi pengkhianat di dalam parti sendiri.

Ketika 'bala tentera' BN turun ke Galas dengan penuh keyakinan dan bersemangat, Pas pula yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman 'memasuki gelanggang' dalam keadaan 'cedera' di sana-sini termasuklah membawa beban akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat pada 2008 kepada pengundi Galas.

Bebanan Pas diburukkan lagi dengan isu ladang rakyat yang menyaksikan masyarakat Orang Asli yang merupakan pengundi ketiga terbesar iaitu 1,839 orang menantikan pilihan raya kecil ini sebagai medan untuk membalas dendam terhadap kegelojohan kerajaan Pas Kelantan menceroboh tanah warisan mereka. Akibatnya, Pas tewas teruk di semua peti undi masyarakat Orang Asli.

Selain itu, sejak hari pertama kempen lagi, Pas tidak mampu 'menyerang' sebaliknya bertahan bukan sahaja dalam isu pentadbiran kerajaan negeri tetapi juga isu melibatkan calonnya.

Apa pun pengundi-pengundi Galas sudah membuat keputusan dan selepas ini pasti kita akan kedengaran nyanyian 'lagu lama' oleh pembangkang bahawa BN membeli undi, jika itu dilakukan jelaslah Malaysia bernasib malang kerana mempunyai kelompok pembangkang seumpama itu.

Namun begitu, BN juga tidak boleh selesa kerana pengundi-pengundi Galas terutamanya Orang Asli menanti segala janji ditunaikan dan jika mereka melihat ia tidak dilaksanakan, percayalah apa yang berlaku kepada Pas di DUN berkenaan akan terjadi kepada BN kerana itulah kebijaksanaan pengundi Galas membuat keputusan.

1 ulasan:

  1. PRK Galas memaparkan KU LI lebih cerdik setapak daripada Najib dan Mahyuddin. Apabila UMNO ingin melantik KU LI sebagai pengarah PRK Galas, KU LI cepat-cepat menerimanya. Peluang KU LI untuk bertapak lebih besar apabila UMNO memberi kuasa kepadanya untuk memilih calon yang disukainya. Dengan bangga KU LI memilih Aziz orang kuatnya semasa bersamanya dalam S46 dulu dan menafikan hak Saufi Deraman dan AJK G.Musang.
    Sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh Mahyuddin dan Stopa mamat, kenapakah KU LI sebagai seorang anak raja tiba-tiba merendah diri dan menerima jawatan pengarah PRK?.
    Kurang pengetahuan dan mudah mengalah pemimpin UMNO Pusat dan negeri telah menyebabkan mereka masuk pukat KU LI. Jika pemimpin UMNO pusat dan negeri mempunyai kebolehan metemetik, mereka tidak akan menyerah Galas kepada KU LI. Dimana sikap KU LI kepada UMNO akhir-akhir ini amat sukar untuk dibaca.
    DUN Galas adalah DUN yang paling selamat kepada UMNO di Kelantan, lebih selamat dari DUN Ketereh dan DUN Air Lanas. Komposisi dan taburan pengundi Galas tidak memungkinkan PAS menang di DUN Galas. Kelebihan 2000 pengundi asli dgn 95% akan mengundi BN, tidak senang bagi PAS untuk memenangi PRK DUN Galas. Tambahan bonus 1000 pengundi cina, akan mematikan terus niat PAS untuk bertapak di DUN Galas.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger