
Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap BN.
"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya kepada Bernama.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin, yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.
"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA