tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 5 November 2010

SOKONGAN PENGUNDI KINI SUDAH BERUBAH KEPADA BN

Jika sebelum ini dalam beberapa pilihan raya kecil terutama di Parlimen Sibu dan Hulu Selangor, kebimbangan kerajaan adalah terhadap undi kaum Cina yang semakin tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Bahkan,kebimbangan itu turut dirasai dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang Kelantan.

Namun, kemenangan besar Datin Linda Tsen Thau Lin di Batu Sapi dan Abdul Aziz Yusoff di Galas memberi petanda awal bahawa mereka yang dahulu tidak mengundi BN sudah kembali menyokong parti kerajaan itu.

Ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang kerap berharap undi kaum Cina dapat menumbangkan calon BN dalam mana-mana pilihan raya kecil.

Trend baru ini cukup menggembirakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas kejayaan besar BN mengekalkan kerusi Batu Sapi dan merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihan raya kecil, Khamis.

Menurut beliau, di Batu Sapi, semua peti undi menunjukkan semua kaum memberi sokongan padu kepada calon BN apabila memperolehi majoriti 6,359 undi.

“Keputusan ini amat membanggakan kerana mojoriti besar itu mengatasi angka ketika pilihan raya umum lalu,” kata Muhyiddin dalam sidang media selepas pengumuman keputusan pilihan raya Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan.

Katanya, trend ini cukup membanggakan kerana bukan sahaja peti undi Melayu, Bumiputera Islam dan bukan Islam meningkat tetapi peti undi orang Cina turut bertambah.

“Ini satu petanda membanggakan dan mengalakkan kerana kita menang bukan sahaja melalui undi di kawasan tradisi tetapi turut mendapat sokongan di tempat yang dahulu kita tidak perolehi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kemenangan ini cukup bermakna menunjukkan gagasan 1Malaysia dan usaha pembangunan lain yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima rakyat.

“Walaupun parti lawan bawa macam-macam isu tetapi rakyat menolaknya kerana semua kempen pembangkang tidak berasas, penuh fitnah dan konsep Sabah untuk Sabah tidak diterima serta ditolak rakyat di sini,” tegasnya.

Beliau memberi jaminan bahawa janji-janji projek pembangunan yang telah dipersetujui akan dipenuhi.

Mengenai kemenangan di Galas, Muhyiddin berkata, ia cukup manis kerana dapat menembusi kubu kuat PAS yang memerintah Kelantan.

Katanya, beberapa peti undi yang dahulunya BN kalah termasuk di kawasan Cina tetapi pada pilihan raya kecil ini, BN sudah memenanginya kembali.

Muhyiddin berkata, ini adalah perubahan jelas sikap rakyat sama ada di Sabah atau Kelantan yang mahukan pembangunan.

Menjawab soalan, beliau berkata rahsia lain kejayaan berganda itu adalah kerja keras pemimpin dan jentera selain strategi dan koordinasi parti-parti komponen yang baik dan berkesan.

“Ini bermakna kedudukan kita sekarang ini semakin mantap dan kita telah berjaya mendapatkan semula keyakinan rakyat,” katanya.

Selain menang besar di Batu Sapi menewaskan calon PKR Ansari Abdullah dan Datuk Yong Teck Lee yang mewakili SAPP, calon BN di Galas, Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1.190 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH