tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 5 November 2010

NIK AZIZ PERLU DI SIASAT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya membuka siasatan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran tindakannya memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli Isnin lalu.

Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu boleh menimbulkan syak wasangka kerana disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.

Katanya, niat Mursyidul Am Pas itu untuk memberikan wang zakat sememangnya boleh, namun masa dan ketika beliau berbuat demikian menimbulkan tanda tanya kerana kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sedang hangat dijalankan.

"Pemberian wang tersebut seperti membeli undi. Jika betul Nik Abdul Aziz berbuat demikian terpulang kepada SPRM untuk melakukan siasatan lanjut kerana ia boleh memberi kesan kepada keputusan pemilihan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan, mengikut Seksyen 10 (A), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, tindakan Nik Abdul Aziz memberi wang kepada Orang Asli boleh dianggap sebagai sogokan.

Katanya, mengikut tafsiran undang-undang, pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong mereka mengundi adalah rasuah atau membeli undi yang diletakkan di bawah tajuk "sogokan" dalam seksyen berkenaan.

Menurut Salleh, badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu mesti memberikan pandangan mereka kepada SPRM dan menyerahkan perkara itu kepada agensi tersebut untuk mengambil sebarang tindakan.

Sementara itu Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Aspalella A. Rahman berpendapat, jika betul niat Nik Abdul Aziz memberikan wang kepada penduduk Orang Asli hanya untuk bersedekah tidak salah.

Bagaimanapun katanya, tindakan tersebut boleh dipertikaikan kerana berlaku semasa proses kempen pilihan raya kecil.

"Tindakan tersebut mungkin dianggap sogokan walaupun niat asal beliau hanya untuk bersedekah. Jika ada laporan polis dibuat, SPRM boleh membuka siasatan terhadap Mursyidul Am Pas tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dr. Shamrahayu A. Aziz pula mempertikaikan kenapa Nik Abdul Aziz memilih untuk bersedekah ketika kempen pilihan raya kecil sedang hangat dijalankan.

"Tindakan Nik Abdul Aziz itu seolah-olah hendak memancing undi, sekarang terpulang kepada SPRM untuk melakukan siasatan," katanya.

Setakat ini dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, berhubung tindakan Nik Abdul Aziz tersebut.


RAKYAT KELANTAN SUDAH TAHU MENILAI BAIK BURUKNYA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH NIK AZIZ.NIK AZIZ BOLEH BERI SERIBU ALASAN TAPI RAKYAT ADA MATA DAN TELINGA.RAKYAT SEKARANG TIDAK MAHU LAGI DI PERBODOHKAN OLEH NIK AZIZ YANG MENGGUNAKAN ALASAN WANG ZAKAT....SATU PERSOALAN KENAPA BERI WANG ZAKAT KETIKA ADA PILIHANRAYA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH