tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 7 November 2010

MAAFKAN NIK AZIZ

SEMUA orang tahu para penyokong Pas selalu bertindak agresif dan suka melakukan provokasi setiap kali berlangsung pilihan raya kecil (PRK). Begitu juga ketika PRK Galas di Gua Musang, Kelantan. Seperti biasa sebahagian ahli dan penyokong parti itu memegang wang kertas yang dikipas ke arah pemimpin dan penyokong BN.

Tujuannya tidak lain untuk memperlekehkan BN kononnya mengamalkan rasuah.

Namun kali ini, perbuatan tersebut tidak menjadi malah makan tuan. Sebahagian penyokong UMNO bertindak balas dengan melaungkan agar wang kertas itu diberikan kepada Orang Asli di Gua Musang.

Ia merujuk kepada pendedahan media mengenai tindakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas memberikan wang kepada penduduk Orang Asli pada satu program dalam tempoh berkempen, baru-baru ini.

Kejadian itu menjadi isu panas. Persoalannya apakah Nik Aziz bersedekah atau membeli undi?

Nik Aziz yang selalu menggambarkan dirinya mendukung kuat integriti apatah lagi sebagai tok guru, agaknya terlupa bahawa perbuatan itu adalah salah dalam peraturan pilihan raya.

Mengikut Seksyen 10 (A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai sogokan. Ia disahkan oleh SPR.

Apa pun, Awang berharap semua pihak termasuk sebahagian ahli Pas yang meletakkan beban kekalahan Pas ke atas Nik Aziz, agar memaafkan tok guru itu.

Apa hendak dikatakan lagi. Sememangnya beliau makin banyak melakukan kesilapan terutama pendirian dalam isu-isu melibatkan kepentingan agama dan bangsa. Apakah ini hukuman ke atas banyak ‘dosa’ politik Nik Aziz, Awang tidak berani ulas.

Namun isyarat daripada PRK Galas cukup jelas. Beliau bukan lagi faktor penentu kejayaan Pas terutama di Kelantan sebagaimana rekod sebelum ini. Auranya kian terhakis. Suara-suara tidak senang rakyat Kelantan terhadap Mursyidul Am Pas itu semakin ketara sejak tercetus isu menantunya, pembalakan berleluasa (berselindung atas nama projek Ladang Rakyat) dan sikap pro DAP dan PKR.

Reaksi Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi ekoran kekalahan Pas di Galas menarik perhatian. ‘‘Pembangkang perlu memberi perhatian terhadap hubungan dengan Allah, dengan anggota parti, masyarakat serta pendekatan yang diambil. Perlu juga bermuhasabah sejauh mana tanggungjawab dan amanah rakyat kita tunaikan.’’ Apakah komen tersebut merujuk kepada para pemimpin Pas terutama Nik Aziz, adalah tidak pasti.

Terbaru, rakaman video pertikaman lidah antara Nik Aziz dan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Noh Deris menjadi bualan hangat. Nik Aziz kelihatan melenting dan enggan bersalam dengan Mohd. Noh.

Awang tertanya-tanya apakah itu pekerti seorang yang mengaku ulama? Nabi Muhammad SAW ketika hayatnya pernah dilempar najis dan bermacam-macam lagi namun sentiasa sabar. Baginda selalu berdepan provokasi yang dahsyat terutama daripada kaum musyrikin tetapi tetap tertib menggunakan tutur kata. Awang juga difahamkan, ramai pemimpin Pas tidak lagi teragak-agak mengkritik Nik Aziz kebelakangan ini termasuk dalam keputusan pemilihan calon di Galas, yang dipersoalkan.

Mungkinkah semua perkembangan ini akan mempercepatkan pengunduran dan persaraan beliau? Kita tunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH