tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 6 November 2010

KELEWATAN PAS KEDAH HULUR BANTUAN BANJIR DI PERSOAL

Ketika mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah meningkat lebih 40,000 orang semalam, pelbagai pihak mempersoalkan bantuan daripada jentera kerajaan negeri yang lemah dan tidak teratur sehingga menyukarkan mangsa bencana itu. Setakat ini, bantuan banyak disalurkan jentera Kerajaan Pusat, parti politik terutama Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang datang dari luar negeri ini.
Setakat ini, bantuan adalah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, tentera serta beberapa NGO termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Ahli Parlimen Kota Setar yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata kerajaan negeri seperti tidak dapat mengendalikan krisis besar seperti ini hingga menyebabkan kesukaran kepada mangsa banjir.

Katanya, beliau menerima banyak rungutan mangsa banjir tidak puas hati dengan bantuan yang lewat.

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih bersedia dalam mengatur dan menyelaraskan bantuan berikutan hujan berpanjangan sejak Sabtu lalu. Saya turut tidak berpuas hati dengan tahap kerjasama dan bantuan kerajaan negeri kerana lewat dan tidak teratur yang menyusahkan mangsa banjir," katanya di sini, semalam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melawat mangsa banjir di negeri ini Rabu lalu turut kesal kerana kelewatan dan ketidakcekapan bantuan kerajaan PAS Kedah dalam membantu mangsa banjir di negeri ini.

Turut mengakui menerima banyak rungutan mangsa banjir ketika melawat beberapa pusat pemindahan ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.

Shahlan berkata, orang ramai sama ada yang dipindahkan atau yang masih tinggal di rumah masing-masing mempersoalkan ketiadaan bantuan kerajaan negeri, terutama dalam menghantar bekalan makanan dan minuman sedangkan hal berkaitan air terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Saya mendapat tahu ramai penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana banjir di kawasan mereka tidak terlalu serius tidak mendapat bekalan air bersih daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) atau bekalan lewat diberikan.

"Ini menimbulkan masalah kepada penduduk yang tertekan dengan keadaan itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Kerajaan Pusat terpaksa mendapatkan bantuan lapan lori tangki dari Perak untuk menghantar bekalan air bersih kepada mangsa banjir di negeri ini.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (Kedah) ketika dihubungi berkata, Kubang Pasu mencatat mangsa dipindahkan paling ramai, iaitu 21,109 orang; Kota Setar (16,498 orang); Pokok Sena (1,767); Padang Terap (657), Pendang (241).

Sementara itu, tujuh jalan di Kota Setar ditutup untuk semua kenderaan, manakala 21 jalan di tiga daerah ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan di Kota Setar ialah Jalan Hutan Kampung-Kepala batas; Jalan Langgar-Simpang Hutan Kampung; Jalan Sultanah; Jalan Alor Setar-Kangar; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang; dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok.

Di KANGAR, banjir di Perlis semakin pulih dengan 12,837 mangsa membabitkan 2,395 keluarga kini ditempatkan di 47 pusat pemindahan, berbanding 13,773 orang kelmarin.

Bilik Gerakan Banjir negeri mengesahkan 13 daripada pusat pemindahan yang dibuka sejak lima hari lalu, sudah ditutup dengan hampir separuh daripadanya membabitkan kawasan Padang Besar.

Jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan di Kota Setar ialah Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru; Jalan Alor Setar-Kepala Batas; Jalan Tambang Badak; Jalan Stadium; Lebuhraya Sultanah Bahiyah; Jalan Langgar-Pendang; Jalan Alor Setar-Pokok Sena; Jalan Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang; Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang; dan Jalan Suka Menanti-Gunung Keriang.

Di daerah Kubang Pasu pula Jalan Titi Besi-Kampung Pasu; Jalan Jitra-Kelubi; Jalan Tunjang-Kampung Teluk Malik-Kampung Naga; Jalan Jitra-Sungai Korok; Jalan Kepala Batas-Kemuning; Jalan Tanah Merah-Wang Tepus; Jalan Batu 9 Jitra-Alor Rambai-Kepala Batas dan Jalan Alor Mengkudu-Tok Keling.

Di Pokok Sena ialah Jalan Lengkuas-Kampung Derang; Batu 11 Jalan Pokok Sena; dan Jalan Bukit Payung-Kampung Cina.

Di KANGAR, banjir di Perlis semakin pulih dengan 12,837 mangsa membabitkan 2,395 keluarga kini ditempatkan di 47 pusat pemindahan, berbanding 13,773 orang kelmarin.

Bilik Gerakan Banjir negeri mengesahkan 13 daripada pusat pemindahan yang dibuka sejak lima hari lalu, sudah ditutup dengan hampir separuh daripadanya membabitkan kawasan Padang Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH