Syed Abdullah Alattas @Uncleseekers yang bikin gamat menerusi laman blognya nampaknya langsung tidak memperdulikan berbagai-bagai andaian dan komen yang menghentam serta mempersoalkan kewajaran dia menyiarkan kepada umum kisah peribadinya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah.
Ketika menghubunginya petang Selasa, anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Alattas ini tetap bersemangat mempertahankan tindakannya yang lain macam itu ‘ada makna’ yang tersendiri.
Dia bagai menaruh harapan ia sebagai usahanya untuk membantu melepaskan Cik Puan Aishah daripada ‘penderitaan zahir dan batin’ agar dapat kembali ceria dalam hidupnya sebagai manusia biasa.
“Tolong bantu dia… Cik Puan sakit dan perlukan bantuan. Pulihkan dia,’’ begitulah rayu Syed Abdullah yang sebelum ini telah menyiarkan kisah mereka dalam tujuh bahagian di laman blognya www.uncleseekers.blogspot.com mulai 2 November lalu.
Laman blog itu tiba-tiba jadi hot . Jumlah pelawat melonjak mendadak. Namun kebanyakan komen pembaca menghentamnya sakan termasuk dakwaan mengaibkan bekas Permaisuri Agong.
Apa yang agak mengejutkan banyak pihak ialah pada bahagian tujuh yang ditulisnya THE END/TAMAT…Syed Abdullah bertindak menyiarkan alamat kondo kediaman Cik Puan Aishah dan nombor telefon bapanya.
Dalam perbualan telefon dari kediamannya di Janda Baik, Syed Abdullah mengakui hubungannya dengan Cik Puan Aishah yang asalnya bermula antara perawat dengan pesakit telah bertukar menjadi ‘percintaan terhalang’
“Betullah tajuk Agendadaily ( mengenai kisah itu) yang menyebut perhubungan kami sebagai cinta terhalang kerana memang tidak direstui bapa Aishah,’’ katanya .
Namun dia pantas menjelaskan cinta itu sebenarnya ibarat ‘bertepuk sebelah tangan’’ sahaja ‘’kerana saya dah ada ‘sayang’ saya sendiri.”
Tatkala mendengar jawapan tersebut,lantas bertanya ,” dengan Gee (penyanyi Fauziah Latif) ke?”
Syed Abdullah kedengaran ketawa berdekah-dekah sambil berkata pula: “Gee dengan adik saya Hadi…. Bukan dengan saya. Sabtu ni adik saya balik (dari kembara keliling dunia). Nak jadi adik ipar kan…kenalah abangpun baik dengan Gee,’’.
Sebenarnya ramai yang terkeliru apabila dia telah menyiarkan gambar mesranya dengan Fauziah. Ramai yang menyangka penyanyi yang berstatus janda itulah ‘ sayang’ yang dimaksudkan.
Syed Abdullah berkali-kali menjelaskan dia sudah mempunyai ‘buah hatinya’ sendiri, seseorang yang amat memahami keadaan yang dilaluinya kini termasuklah hubungan dengan bekas Permaisuri Agong dan Fauziah.
Dalam tulisan terkininya, Syed Abdullah mengucapkan terima kasih kepada ‘sayangnya’ dengan berkata” Terima kasih kerana memahami Abang.I love you so much. Ada jodoh kita ijabkabul tahun hadapan dan kepada Gee pula dia mengungkapkan: “ Anda adalah sahabat karib saya. Kalau jadi adik ipar Uncle pun best gak (kalaulah)…”
Ditanya kenapa dia perlu memaparkan pelbagai hal yang bersifat agak peribadi termasuk nombor telefon bapa Cik Puan Aishah dan alamat penuh kediamannya, Syed Abdullah berkata dia mahu umum mengetahui kesengsaraan hidup yang dilalui bekas Permaisuri Agong itu.
Mengulas lanjut perhubungan mereka yang terhalang itu,Syed Abdullah menyifatkan dirinya ibarat pipit yang tidak mampu terbang tinggi seperti helang.
“Saya dah beritahu Cik Puan…saya tidak mampu memberikan apa-apa kepada dia, saya sedar siapalah saya. Tetapi beliau perlukan seseorang dalam hidupnya.
“Berilah beliau peluang. Janganlah dikurung lagi dalam kondo tu.’’ Katanya.
Menurut Syed Abdullah ahli keluarga Cik Puan Aishah tinggal di unit berasingan kondo Wangsa Maju itu.
Dia mendakwa bekas Permaisuri itu tinggal bersendirian dan berkunci dari luar.
Seperti dinyatakan dalam laman blognya, Syed Abdullah memberitahu dia akan membuat pelbagai pendedahan lain dalam bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang akan dilancarkan bulan hadapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA