Sudah sekian lama kisah kehidupan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah tidak begitu diketahui umum. Namun beberapa hari kebelakangan ini kisahnya meletup dalam internet.

Ini berikutan tersiarnya gambar-gambarnya dalam laman blog uncleseekers.blogspot.com

Ia jelas ada kaitan dengan kisah cinta terhalang antara mereka berdua.

Syed Abdullah terkenal menerusi rancangan televsiyen Seekers, mengenai pencarian hantu dan sebagainya.

Cik Puan Aishah ialah Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Yang Dipertuan Agong ke 11.

Syed Abdullah meluahkan mengenai ‘halangan‘ dari pihak bapa kepada bekas Permaisuri berkenaan dalam enam siri kisah mereka yang disiarkannya dalam laman blognya setakat ini.

Selain gambar mereka berdua, dia juga menyiarkan gambar skrin telefon bimbit yang tertera SMS antara mereka berdua.

Sejak disiarkan laman blog itu telah dilayari oleh lebih 100,000 orang setakat ini.

Sementara itu bapanya, Syed Hussein ketika dihubungi Agendadaily petang Isnin mengesahkan anaknya itu sedang bercinta dengan Cik Puan Aishah.

Katanya bekas Permaisuri itu ada datang ke rumahnya di Janda Baik beberapa kali.

Menurutnya bekas Permaisuri itu juga ada memberitahunya ingin berkahwin dengan anaknya.

Ditanya pula bagaimana situasi terbaharu hubungan mereka ,Syed Hussein kata dia tidak tahu.

“Saya terlalu sibuk dengan banyak hal lain dan tak tahu perkembangan terbaru mengenai mereka,” katanya.

Apapun katanya dia memberi restu jika mereka hendak berkahwin.

Syed Hussein berkata Syed Abdullah berkenalan dengan bekas Permaisuri itu sejak dua tahun lalu.

Syed Abdullah adalah duda setelah bercerai dengan isterinya tidak lama dulu.

Ada gambar dalam blognya tunjuk Cik Puan Aishah melawat anak Syed Abdullah di hospital. Hadir sama ialah bekas isterinya.

Ditanya di mana anaknya sekarang, Syed Hussein kata Syed Abdullah tidak mahu angkat telefon setelah timbul kehangatan ekoran penyiaran kisahnya dengan bekas Permaisuri itu di laman blognya.

Sementara itu dalam komen pembaca di laman blog berkenaan timbul polimek pro dan kontra Syed Abdullah menyiarkan kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Ada yang menghentamnya kerana bimbang ia akan menjejaskan imej bekas Permaisuri itu dan institusi diraja.

Syed Abdullah bagaimana pun mempertahankan penyiarannya ‘kerana kebenaran’.

Katanya dia sedia menghadapi risiko apa sekalipun atas tindakannya itu yakni Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas.