tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 6 November 2010

RAKYAT DAH MELUAT DENGAN PEMBANGKANG

Rakyat sudah meluat dengan pakatan pembangkang yang hanya mengutamakan gimik tanpa mementingkan perkhidmatan terutama di negeri-negeri yang ditadbir mereka menyebabkan rakyat mula berpaling kepada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, itu merupakan antara faktor mengapa pengundi di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi menolak pembangkang dan memilih BN yang telah terbukti memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurut beliau, rakyat telah melihat kelemahan demi kelemahan pakatan pembangkang bukan sahaja daripada segi pentadbiran negeri tetapi juga pengurusan parti.

"Rakyat tahu bahawa mereka perlu merujuk kepada bukti dan rekod perkhidmatan yang ditawarkan, bukan gimik semata-mata. Masalahnya pembangkang masih beranggapan bahawa gimik boleh mengubah keputusan.

"Pada masa sama, cara pembangkang menerajui pentadbiran negeri yang melibatkan rakyat pelbagai etnik dan agama sedang dinilai oleh rakyat. Segala pemerhatian ini mereka gunakan untuk membuat keputusan semasa mengundi dan jelas sekali mereka lebih yakin dengan BN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kejayaan BN merampas kembali DUN Galas daripada Pas dan mengekalkan kemenangan di Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam.

Di DUN Galas, calon BN, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi apabila memperoleh 5,324 undi manakala calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi.

BN turut mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar iaitu 6,359 undi apabila calonnya, Datin Linda Tsen Thau Lin memperoleh 9,773 undi menewaskan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee (2,031 undi) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansaari Abdullah (3,414 undi).

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, kemenangan itu juga petunjuk jelas keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.

Beliau percaya kejayaan itu juga hasil daripada persefahaman dan penyelarasan yang lebih baik di kalangan semua parti komponen BN.

"Saya menerusi kapasiti sebagai Menteri Dalam Negeri akan membantu kedua-dua wakil rakyat yang baru dipilih ini untuk menunaikan janji mereka kepada pengundi khususnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH