tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 24 November 2010

HARAKAH DI BERI TEMPOH 2 MINGGU UNTUK MINTA MAAF KERANA PUTAR BELIT KENYATAAN

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan PAS, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin Umno adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini malam Selasa.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Muhamad Farid menjelaskan bahawa dalam forum berkenaan beliau menyatakan betapa pentingnya untuk mencari penyelesaian berhubung masalah orang Melayu di Pulau Pinang.

"Apa yang saya nyatakan adalah penting supaya kita semua memandang ke depan dan menutup buku lama bagi mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membantu orang Melayu di negeri ini, bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak," katanya.

Harakah pada 15 Nov lepas melaporkan bahawa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa Muhamad Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH