Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sehubungan itu pihak berkenaan diminta mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah ditetapkan oleh jabatan berkenaan sekiranya masih mahu meneruskan program ceramah tersebut.
''Saya telah arahkan Kadi Kuala Selangor, Hashim Muhamad yang kemudiannya telah memaklumkan kepada nazir masjid di bawah pemantauan masjid tersebut, Aziz Safri tentang keputusan JAIS itu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, JAIS memang tidak membenarkan Mohamad Nizar memberi ceramah agama di Selangor kerana dia tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
''Tetapi kita tidak boleh menghalang orang luar daripada memberi ceramah politik di tempat lain seperti dewan atau sebagainya," ujarnya.
Mohammed Khusrin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pentadbir Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh yang menjemput Mohamad Nizar untuk memberi ceramah agama yang dikhuatiri akan bertukar menjadi ceramah politik di masjid tersebut malam esok.
Masjid tersebut yang dipercayai 'dikuasai' oleh sebuah parti pembangkang sebelum ini telah banyak kali menjemput penceramah daripada parti itu untuk menyampaikan kuliah dan ceramah agama atas nama kuliah maghrib, isyak atau subuh.
AMAT WAJAR SEKALI JAIS MELARANG NIZAR DARI MEMBERI CERAMAH DI MASJID...KITA SUDAH KENALI SIFAT NIZAR YANG HANYA MEMBURUKAN KERAJAAN DAN BUKANNYA MENGAJAK UMAT ISLAM BERSATU....
dia ni sape ustaz ke? yang perasan nak beri ceramah. setahu saya la kalau pas berceramah mesti akan memfitnah, memburuk2kan pihak lain. bertentangan sekali dengan cara nak ajar orang tentang tauhid ke fiqah ke dan segala macam ilmu agama la. hatta khutbah pun mereka boleh pesongkan ini kan pula setakat atas nama ceramah agama. piiiii rahhhhhhhh macam la orang tak tau. nizar sebelum ko betul2 giler lebih baik ko betulkan mana2 wayar yg dah terputus kat kepala otak ko tu.
BalasPadam