tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 10 Jun 2009

UMNO PAS:KES LIWAT ANWAR:ANWAR MAHU MAHKAMAH PERINTAH PENDAKWARAYA BEKALKAN DOKUMEN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.

Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.

Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners, pada jam 2.15 petang ini.

Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.

Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.

Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen-dokumen tersebut.

Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, sudah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.

Oleh kerana kes itu membabitkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

Beliau juga berkata, pembelaan beliau membabitkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.

2 ulasan:

  1. Salam ziarah...

    Anwar tengah kepanasan sekarang. Seperti biasa dia sudah memulakan sandiwaranya sekarang. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah juga. Politik Malaysia akan terus berserabut selagi "bebasnya" manusia bernama Anwar Ibrahim.

    Untuk mengalihkan isu dari tuduhan liwat, beliau menolak untuk bersumpah, menyalahkan polis, tidak percaya mahkamah, menuduh kerajaan ada konspirasi, menggunakan mahkamah Syariah, memperalatkan media dan mengheret pula pakar-pakar perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur.

    Pendek kata dalam merealisasikan misi politik dan agenda peribadinya, Anwar akan menggunakan apa sahaja kesempatan bagi memburukkan keadaan dan bagi meyakinkan rakyat bahawa beliau telah difitnah. Beliau telah mengadakan ceramah-ceramah politiknya yang penuh dengan retorik dan pembohongan - hanya satu mahu menagih simpati rakyat supaya menolak tuduhan fitnah liwat tersebut.

    Kenyataan Anwar semakin berbelit-belit. Mana yang menguntungkan dia, dia puji baik, telus, ada integriti dan boleh dipercayai. Bila melibatkan diri beliau, semua konspirasi, jadi instrumen kerajaan, mahkamah tidak telus, polis khianat dan macam-macam lagi tuduhan.

    Ambil contoh kes beliau dengan BPR, bila merasakan beliau untung, BPR baik, BPR bagus tapi bila hospital minta DNA, dituduhnya doktor jadi alat kerajaan sebab tidak menguntungkan beliau. Betul-betul double standard. Yang baik untuk dia sahaja dan yang buruk-buruk itu adalah untuk orang lain.

    Bila mahkamah bebaskan beliau, dia merasakan sudah wujud keadilan sebab menguntungkan beliau tetapi apabila mahu didakwa ke mahkamah, dia tidak terima kerana tidak percaya mahkamah yang ada di Malaysia bebas sebab ini tidak menguntungkan beliau. Beliau menyokong polis untuk siasat Akuan Bersumpah Raja Petra sebab ada keberuntungan dan bila polis mahu siasat batang tubuhnya, Anwar kata polis ada konspirasi.

    Tidakkah ini mengarut dan rakyat pula semakin terpedaya dengan manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Mereka seakan bersedia apabila sejak akhir-akhir ini Anwar sedang merosakkan segala sistem termasuklah mempolitikkan dunia perubatan. Seperti beberapa tulisan sebelum ini, apa sebenarnya helah yang Anwar sedang cari? Apakah tujuan Anwar yang dilihat sedang meracuni fikiran rakyat untuk bersama dengan beliau, kita terima helah Anwar kalau beliau menuduh kerajaan kerana beliau sedang menggilai jawatan Perdana Menteri dan menukar kerajaan.

    Kita terima kalau Anwar memperalatkan media dalam dan luar negeri kerana beliau mahu dilihat sebagai tokoh agung dunia dan kita terima kalau Anwar menggunakan mahkamah Syariah supaya Saiful mendatangkan empat orang saksi kerana untuk mendapatkan empat saksi tersebut amat sukar...hanya Anwar, Saiful dan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

    Tetapi kita tidak boleh terima dengan akal yang waras apabila Anwar mengheret profesionalisme perubatan ke dalam kancah peribadinya ataupun mengheret prosedur rawatan ataupun perubatan kedoktoran dalam permainan politik sempitnya. Anwar seakan ingin memberitahu kepada rakyat supaya jangan percayakan doktor dan kalau boleh, jangan percayakan semua orang KECUALI percayakan dia sahaja.

    Cara Anwar menyerang HKL seolah-olah menyerang bersama dengan niat yang jahat - Anwar seakan habis helah, ikhtiar ataupun putar belit hingga terpaksa menjadikan doktor sasarannya. Tindakan Anwar sudah semakin melampau, Anwar seolah-olah ingin menjadikan beliau kebal daripada segala undang-undang dan peraturan.

    Dengan tuduhan liwat, Anwar sanggup memperkecilkan semua sistem yang ada dalam Negara dan yang telah terbina sudah melebihi 50 tahun ini. Anwar sedang berusaha untuk lari dari isu sebenar. Anwar sedang bersungguh-sungguh untuk menutupi tuduhan liwat dari diperkatakan dan dalam masa yang sama sedang merosakkan segala sistem profesional yang ada dalam Negara.

    Lebih mengecewakan lagi, apabila Anwar mengheret dan mencerca segala sistem ini, penyokongnya akan berteriak Reformasi dan kalangan PAS pula akan mengangkat tangan ke langit melaungkan Takbir.

    bersambung...

    BalasPadam
  2. sambungan...

    Apakah mereka ini telah buta hati perutnya hanya kerana begitu "mencintai" Anwar? Dan mengangkat takbir pun tengoklah sumber mana kenyataan tersebut, kalau sumber itu datang dari orang fasik dan munafik, berdosa kita kerana bersubahat. Bila Gobalakrisnan baca hadis, terpekik terlolong penyokong PAS menjerit Allah Hu Akhbar. Nauzubillah..!

    Apakah tidak wujud kesedaran di dalam diri mereka terutama sekali di kalangan tokoh-tokoh agama seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Harun Din dan ramai lagi untuk menasihati Anwar supaya kembali kepada perkara asas iaitu liwat dan Anwar tidak perlu merapu mencari dahan ataupun daun-daun kering bagi menutup daripada menjawab kepada tuduhan tersebut.

    Kalau Nik Aziz ataupun Haji Hadi tidak percayakan doktor, mana mungkin apabila diserang sakit jantung ataupun apa sahaja penyakit, mereka ini mencari doktor-doktor pakar dalam Negara. Kalau Nik Aziz tidak percayakan kepada polis, mana mungkin beliau menerima dengan reda penahanan anak beliau untuk di ISA. Dan apalah sangat dengan kedudukan Anwar hanya seorang Penasihat parti kalau mahu dibandingkan dengan kedua-dua tokoh ini.

    Anwar kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah S.W.T. Dan kalau benar Anwar tidak bersalah, tidak meliwat - yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang benar dan yakinlah tidak akan ada perbuatan khianat kerana Allah tidak akan membenarkan sebarang perbuatan khianat dilakukan oleh orang lain terhadap orang yang baik-baik.

    Salam perjuangan

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger