tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 14 Jun 2009

UMNO PAS:KHALID SAMAD AKUI BUKAN NIAT PAS SIS DIHARAMKAN

PAS tiada niat langsung untuk menggesa kerajaan menggunakan kaedah keras terhadap Sisters in Islam (SIS) termasuk mengharamkannya sama sekali ekoran peranan badan itu yang disifatkan oleh parti itu sebagai sudah terpesong daripada syariat Islam.

Sebaliknya, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, wujud kesilapan dari segi penggunaan perkataan sesuai dalam usul berkenaan yang telah dihantar untuk tindakan susulan PAS Pusat.

Khalid menyatakan demikian kira-kira seminggu selepas usul berkenaan yang kini menjadi kontroversi, diterima tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-55 di sini Ahad lalu.

"Niat kami bukan meminta agensi kerajaan mengambil tindakan kekerasan seperti mengharamkan, memenjarakan, menahan atau menangkap ahli-ahli SIS," kata beliau pada sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar di sebalik penerimaan usul berkenaan, di pejabatnya di sini sebentar tadi.

PAS Shah Alam mengadakan mesyuarat pagi tadi membincangkan isu berkenaan.

"Saya akui wujud kesilapan... kesilapan menggunakan perkataan yang sesuai sebelum dihantar kepada PAS pusat (untuk diterima ke muktamar)," katanya.

Khalid menjelaskan, beliau telah menyedari kesilapan menggunakan perkataan yang "agak keras" dalam usul tersebut ketika mesyuarat PAS Shah Alam pada 23 April lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta Dewan Muslimat Shah Alam yang mengemukakan usul berkenaan supaya memperbaiki dengan menggunakan perkataan yang lebih lembut dari sudut "politik".

Bagaimanapun, usul itu telah dihantar terus ke PAS Pusat tanpa diambil tindakan yang diputuskan, kata Khalid.

Usul berkenaan dibawa oleh PAS kawasan Shah Alam.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.

Dewan Muslimat Shah Alam bermesyuarat pada 12 April dan dibawa ke Mesyuarat Tahunan PAS Shah Alam pada 19 April.

Kemudian usul berkenaan terus dipanjangkan kepada Jawatankuasa Usul Muktamar PAS Pusat dan dijadikan usul diterima tanpa dibahas.

Usul itu berbunyi:

"Menyedari bahawa aliran dan pandangan yang dibawa oleh Sisters in Islam boleh mengelirukan masyarakat;

"Menginsafi pendekatan mereka mudah meresapi pemikiran dan mengancam akidah umat Islam terutamanya golongan muda dan berpendidikan sekular;

"Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan:

"Mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

1 ulasan:

  1. Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

    PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

    PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH