tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 14 Jun 2009

UMNO PAS:UMNO AKAN ELAK DARI TERJEBAK CAH KETING DIMANEK URAI

Ahli Umno diminta mengelak daripada terjebak dengan gejala "cah keting' dalam usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 14 Julai ini.

Menurut Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan, ahli parti perlu memberikan sokongan penuh terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

"Mudah-mudahan perkara ini (cah keting) tidak berlaku. Kita berdoa apabila diumumkan calon (BN), harapan adalah semua jentera Umno jangan 'cah keting' sesama sendiri dan sokong calon yang telah dipilih pucuk pimpinan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Penerangan anjuran Umno Bahagian Gelang Patah, yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang anggota jentera penerangan Umno peringkat cawangan bahagian terbabit.

"Cah Keting" merujuk kepada tindakan-tindakan merugikan parti yang dilakukan oleh anggotanya sendiri termasuk sabotaj, kerana tidak bersetuju dengan keputusan atau calon yang dipilih pucuk pimpinan.

Ahmad berkata, disebabkan keputusan pilihan raya di Kelantan pernah ditentukan oleh perbezaan dua undi, Umno tidak mahu kalah di dalam pilihan raya kecil Manek Urai disebabkan gejala 'cah keting' sesama anggotanya.

"Kita tidak mahu kerana berlakunya 'cah keting', maka kita kalah di Manek Urai dengan undi yang tipis. Akuilah hakikat itu dan sokonglah calon terbaik yang dipilih," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta pengundi atas pagar dari Pas di Manek Urai supaya tidak merasa bersalah untuk mengundi BN kali ini.

Katanya, walaupun BN menang pada pilihan raya kecil Manek Urai

itu nanti tetapi kerajaan negeri Kelantan akan tetap diterajui oleh Pas dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kekal sebagai Menteri Besar.

"Tidak ada kerugian di kalangan penyokong-penyokong Pas atas pagar untuk menyokong BN. Jikalau mereka menganggap kalah di Manek Urai itu akan menganggu pemerintahan kerajaan Kelantan, itu adalah tidak benar kerana Kelantan akan terus diterajui oleh Pas dan Nik Aziz," kata beliau.

Menurut Ahmad, penduduk di Manek Urai akan menerima pelbagai perubahan daripada segi pembangunan jika mereka mengundi BN pada pilihan raya kecil DUN itu bulan depan, selaras dengan statusnya sebagai anak angkat kerajaan pusat.

Selama ini, katanya, usaha pembangunan di Manik Urai hanya dilakukan oleh agensi dan jabatan kerajaan pusat, membuktikan kerajaan pusat adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tetapi jika mereka tetap mengundi PAS, tidak akan berlaku apa-apa perubahan (daripada segi pembangunan). Ianya boleh diibaratkan seperti 'back to square one' (balik ke asal)," katanya.

Mengenai gerakan penerangan Umno, katanya program penerangan

peringkat cawangan adalah amat penting kerana di peringkat itulah terletaknya pengundi dan rakyat.

Ahmad berkata, rogram penerangan termasuk komunikasi bersemuka yang membabitkan 62,000 orang jentera penerangan Umno seluruh negara perlu digerakkan sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH