TIADA guna membina gelanggang yang besar sekiranya kualiti tidak diutamakan.
Mungkin itu gambaran yang sesuai mengenai Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu yang runtuh Selasa lalu.
Ketika ramai yang mencari siapa yang patut bertanggungjawab atas kelemahan kualiti keselamatan stadium tersebut, mungkin ada yang tidak sedar bahawa stadium yang dibina dengan kos kira-kira RM300 juta itu sebenarnya tidak mendapat pengiktirafan daripada salah satu badan sukan antarabangsa.
Difahamkan stadium yang dibina sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) XII pada 31 Mei tahun lepas itu tidak mendapat sijil pengiktirafan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Olahraga Antarbangsa (IAAF) selaku badan yang menyelia sukan olahraga termasuk kualiti gelanggang di seluruh dunia.
Ini mungkin bukan perkara besar bagi sesetengah pihak, namun daripada perspektif sukan negara, ia satu persoalan yang perlu dijawab dalam usaha untuk membina kemudahan dan peralatan sukan berkelas dunia di negara ini, namun kualitinya pula dipandang mudah.
Jika dirujuk kepada senarai pensijilan peralatan dan kemudahan sukan olahraga IAAF, hanya tujuh gelanggang saja di negara ini yang mendapat pengesahan, walaupun hanya berada dalam kelas dua.
Stadium yang tersenarai ialah Stadium Darul Aman Alor Setar, Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kompleks Sukan Bangi, Stadium Perak,Stadium Utama Kangar, Kompleks Sukan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Lumut, Stadium Tunku Abdul Rahman dan Kompleks Sukan Tawau.
Jika dibandingkan dengan tujuh gelanggang tersebut, mungkin tiada satu pun yang setanding dengan kehebatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Namun, disebalik kemegahan dengan mercu tanda baru di Gong Badak itu, kualiti peralatan dan kemudahan stadium itu pula diabaikan.
"Jika kos Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja sekitar RM300 juta boleh dilaksanakan, mengapa sijil pengiktirafan daripada IAAF yang hanya berharga RM60,000 bagi tempoh empat tahun (kelas dua) tidak boleh diusahakan?" kata seorang pentadbir dan pengurus sukan yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.
"Sijil pengiktirafan ini penting dalam bidang sukan kerana kalau kita berhabis berjuta-juta ringgit membina gelanggang yang kualitinya tidak disahkan badan sukan dunia itu, maka macam mana mahu menganjurkan acara sukan atau melahirkan atlet yang berkualiti.
"Malah, antara syarat untuk mendapat pengiktirafan ini juga ialah gelanggang tersebut perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh IAAF.
"Saya sangsi mengapa stadium yang tidak mendapat pengesahan ini tetap dibenarkan untuk menganjur kejohanan-kejohanan sukan."
Justeru, insiden runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin nampaknya telah membuka pekung pelbagai pihak, bukan saja mengenai ciri-ciri keselamatannya, malah tentang kesedaran terhadap tujuan sebenar gelanggang itu diwujudkan.
Salam kamal...
BalasPadamNak masyukkk lebih... bila nak jg kualiti, msyukkk dah kurang...
Kau mcm tak tau plakkkk
SALAM KELANA....INI BUKAN SOAL MASUK LEBIH...SEPATUTNYA PROJEK YANG SEBEGINI BESAR SEPATUTNYA DIPANTAU DENGAN LEBIH TELITI,NI DAH TERJADI BARU NAK DI PANTAU....MUNGKIN SELAMA INI MEREKA SEMUA TERLEPAS PANDANG AKAN PERKARA PERKARA SEBEGINI.
BalasPadamSalam kamal
BalasPadamAku dah lama join dgn puak2 ni. kalau kita pantau lebih2 akhirnya kita plak yg kena tendang.
Aku pun pernah kena tendang ler kamal. Aku pernah merasa pahit maung dgn lakonan "org2 mcm ni" kamal.
Masa meeting ckp lain, lepas meeting buat lain...
SALAM KELANA...ITU LA YANG SUSAH...SEMUA NYA TAK AMANAH....HANYA PENTINGKAN TEMPOLOK SENDIRI JER...
BalasPadam