tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 11 Jun 2009

UMNO PAS:PAKATAN RAKYAT RETAK MENANTI BELAH

Pelbagai pihak menganggap krisis keyakinan dalam Pakatan Rakyat seperti didedahkan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, menunjukkan pakatan itu 'retak menunggu belah'.

Penganalisis dan pemimpin politik menyatakan gabungan yang diasaskan melalui 'perkahwinan tergesa-gesa' pada pilihan raya umum lalu boleh 'bercerai' bila-bila masa, sebaik ahli pakatan pembangkang itu bosan dengan kerenah pemimpin mereka.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata krisis berlaku kerana gabungan itu diasaskan hanya untuk mencapai matlamat politik sempit dan bukannya berasas ideologi sama.

Sebab itu tiada persetujuan mengenai Kabinet bayangan Pakatan Rakyat, walaupun mereka uar-uarkan untuk menubuhkan Kerajaan Pusat. Pemimpin parti terbabit mahu berebut jawatan, termasuk jawatan Perdana Menteri.

"Dalam muktamar Pas baru-baru ini, diberi gambaran yang Pakatan Rakyat akan diterajui pemimpin Pas dan ini bercanggah dengan kehendak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas pengakuan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya, kelmarin yang Pakatan Rakyat sedang mengalami krisis keyakinan sejak pilihan raya umum lalu, berikutan tindakan Pas yang mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata, krisis keyakinan itu berpunca daripada sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata krisis dalam Pakatan Rakyat sudah lama wujud kerana mereka masih tidak mempunyai persefahaman antara mereka.

"Kita perlu faham, Pas, DAP dan PKR bergabung menjadi satu pakatan kerana hanya mahu mencabar Barisan Nasional (BN) saja... misi mereka masih berbeza di mana BN adalah parti yang kuat dan mendapat sokongan semua parti komponennya.

"BN bergerak dalam satu pasukan, manakala ideologi Pakatan Rakyat berbeza. Jika berlaku krisis kepemimpinan dalam Pakatan Rakyat maka ia sungguh berbahaya kerana tumpuan akan hanya diberikan kepada krisis saja... ini satu amaran kepada rakyat... mereka (rakyat) perlu berfikir betul-betul sebelum menyokong pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata masih belum ada kepercayaan antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Penganalisis politik dan pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustapa Ishak, berkata Pas menyedari yang parti itu mungkin hilang sokongan orang Melayu jika tunduk kepada PKR dan DAP.

"Pas mahu kekalkan sokongan orang Melayu, manakala PKR dan DAP pula tiada sokongan akar umbi orang Melayu," katanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, dalam satu kenyataan semalam, menempelak Pas kerana mereka bukan parti yang mendapat kerusi Parlimen paling banyak dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Pas hanya memperoleh 24 kerusi berbanding PKR (31) dan DAP (28).

"Kemenangan Pas dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang baru-baru ini hasil kerja kuat rakan-rakan dalam pakatan," dakwanya.

Karpal berkata, Abdul Hadi bukan saja mengelirukan ahli Pas, tetapi juga pemimpin pembangkang lain atas cadangannya itu.

"Pas harus sedar yang DAP ada batas kesabarannya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH