tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 9 Jun 2009

UMNO PAS:PKR DAN DAP TOLAK KERAJAAN PERPADUAN HADI

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak setuju dengan tindakan rakan pakatannya, Pas untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin parti berkenaan mahu pucuk pimpinan tertinggi Pas memberi penjelasan penuh berhubung perkara itu yang menimbulkan tanda tanya kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memberi penjelasan penuh kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat mengenai cadangan berkaitan idea pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata pihaknya tidak mengetahui apa-apa atau pernah bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan yang antaranya bermakna menjalin kerjasama dengan Umno.

Katanya, Abdul Hadi juga perlu memberi jawapan pada mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat termasuk dakwaan yang DAP bersetuju dengan idea berkenaan.

"Setahu saya, tidak. Malah, idea itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini. Kita tiada, orang yang hanya bercakap dengan Umno adalah PKR.

"Tapi, yang mahu teruskan adalah Pas, jadi mereka kena bagi penjelasan. Kerajaan perpaduan apa yang mereka maksudkan? Mereka mesti jawab pada mesyuarat itu kelak," katanya di Georgetown, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyarankan kerajaan perpaduan diwujudkan antara BN dan pembangkang bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik dalam negara secara menyeluruh.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dijangka diadakan dalam masa terdekat.

"Mungkin ia akan diadakan selepas mesyuarat persidangan Parlimen yang bermula minggu depan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata DAP tidak akan membenarkan Pas ‘rujuk’ semula dengan Umno kerana pakatan mereka sebelum ini tidak pernah membincangkan perkara itu.

Beliau berkata, gabungan DAP, PKR dan Pas terbentuk dengan agenda untuk menumbangkan Umno dan BN yang menzalimi rakyat dan menubuhkan kerajaan baru tidak lama lagi.

Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali pula mahu Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mengadakan perjumpaan dengan Pakatan Rakyat menyatakan pendirian berhubung usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.

Beliau berkata, Nasharuddin juga perlu meyakinkan ahli mengenai usahanya untuk bergabung bagi mengelak kekeliruan pada peringkat akar umbi.

“Nasharudin perlu meyakinkan ahli Pas berjumpa dengan Pakatan Rakyat, kerana ketika muktamar tahunan Pas semalam (kelmarin), perwakilan menolak idea ini.

“Saya fikir Timbalan Presiden Pas mempunyai tugas mencabar untuk meyakinkan ahlinya kerana pucuk pimpinan parti PKR, dan Pas dengan jelas sebelum ini tidak pernah bercadang untuk bergabung dengan Umno.“PKR juga tidak rasa tergugat dengan kenyataan beliau (Nasharuddin) yang mahu mengadakan rundingan dengan Umno kerana ia bukan melambangkan pendirian Pas, tetapi individu dan kami tidak akan layan pendirian beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH