Dengan terbungkusnya Husam ,Ini adalah satu kejayaan pada pemimpin dan bloggers pro umno yang tak putus putus memperlihatkan bahawa Husam bukan lah pemimpin masa depan Pas.Sejak dari awal lagi saya memang tak setuju seandainya Husam yang menjadi pilihan perwakilan Pas.Seperti yang pernah dinyatakan beberapa kali seandainya Husam berjaya menawan tampuk no dua Pas ,Pas akan menuju zaman kehancuran kerana Husam akan dikuasai oleh Anwar dalam membuat sebarang keputusan Parti Pas.
Pas akan berada dilandasan yang betul bila perwakilan menolak Husam kerana bagi saya Husam lebih mengikut telunjuk Anwar dalam membuat sebarang dasar Pas.Ini dapat kita lihat yang Husam bertegas yang beliau tidak akan kerjasama dengan Umno,Ini jelas Husam bukan seorang pemimpin yang mahukan perpaduan.Beliau berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu.Bagi Husam cadangan itu dilihat tidak sesuai kerana tidak mahu Pas menjadi 'kuda tunggangan' UMNO sekiranya ia dilaksanakan.Ini kerana, beliau khuatir pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan tidak adil.
Sebaliknya,Husam lebih sedia untuk mengadakan kerjasama dengan parti di bawah pakatan pembangkang kerana ia dilihat taraf semua parti adalah sama.Kenyataan Husam yang juga Naib Presiden Pas itu dilihat bertentangan dengan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai cadangan itu.Ini kerana, Abdul Hadi ketika sidang media sebelum itu masih menaruh keyakinan terhadap cadangan kerajaan perpaduan termasuklah mengadakan rundingan dengan semua pihak termasuk UMNO.Menurut Abdul Hadi, usaha itu menunjukkan Pas mengamalkan dasar yang terbuka selaras dengan prinsip demokrasi.
Jelas disini dengan tersungkurnya Husam,ianya juga kejayaan para bloggers pro Umno yang selama ini melihat Husam sebagai seorang yang boleh dikawal oleh orang lain.Tapi berbeza dengan bloggers pro Pas yang boleh dikatakan kesemuanya menyokong Husam sebagai pemimpin mereka.Ada para Bloggers Pas yang menulis yang mana sesiapa yang mahu berkerjasama dengan Umno pilihlah Nasha dan sesiapa yang mahu kita(Pas) menghancurkan Umno pilihla Husam.Jadi sudah jelas para perwakilan memilih pemimpin yang mahu supaya perpaduan orang orang melayu terus diutamakan.Tidak seperti Husam yang hanya ada sifat tamak kuasa dan bodoh sombong dengan menyifatkan Umno tak layak untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas.Husam juga menyatakan Umno sudah lemah dan tidak layak Pas untuk bekerjasama dengan Umno...rupa rupanya Husam sendiri seorang yang terlalu lemah dalam memperjuangkan perjuangan Pas kerana hanya dengan satu teguran dari Dap tentang hudud Husam sudah menjadi tidak tentu arah.Memang patutla Husam tewas kerana jika Husam menang, Pas akan menjadi semakin lemah.
Ada para bloggers Pas menyifatkan Nasharuddin sebagai seorang pemimpin yang penipu dan bermacam macam gelaran lagi.Ini menandakan para bloggers Pas memang tidak menyokong Nasharuddin sebagai pemimpin no.2 Pas.Apakah selepas ini para bloggers Pas akan menyerang Nasharuddin yang kemenangan nya sebagai tidak melambangkan memenuhi kehendak ahli ahli Pas.
PADA AHLI PAS YANG TIDAK DAPAT MENERIMA KEMENANGAN UZTAZ NASHARUDDIN,APAKAH KAMU TIDAK MENERIMA PERJUANGAN YANG UZTAZ NASHA MAHUKAN YAITU ADA KERJASAMA DENGAN UMNO DEMI KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM?
RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
eja ustaz pun tak betul,nak jaga tepi kain orang,ngok betulla.....
BalasPadam