Walau pun BN telah berjaya membentuk kerajaan dengan mendapat majoriti 2/3 tapi kemenangan BN bolehlah di ibarat kan sebagai menang tapi berduka.Kenapa BN bukannya menambah kerusi yang mereka tewas dalam pilihanraya 2006 dahulu tapi sebaliknya BN kehilangan banyak kerusi terutama kerusi yang kita sudah jangkakan terutama di kawasan bandar dan majoritinya pengundi cina dan juga kaum Dayak.Keputusan pilihan raya ini adalah kedua terburuk selepas peristiwa 'Ming Court' pada 1987 apabila BN negeri cuma menang 28 kerusi berbanding 20 diperoleh pembangkang merangkumi 15 kerusi melalui Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Maju Rakyat Sarawak (Permas) dengan lima kerusi.
Sepatutnya kerajaan BN sudah kenal pasti siapa yang sepatutnya bertanding dan siapa yang sepatutnya berundur.Kekalahan di 7 kawasan di majoriti kaum cina ini tidak seharusnya di letakan pada Najib kerana walaupun Najib mempunyai kuasa mutlak memilih calon tapi selagi kuda kuda tua yang sudah patut kita ketagorikan sebagai rumah kata pergi KUBUR KATA MARI ini di ketepikan selagi itulah Bn akan terus di tolak oleh rakyat yang sudak muak melihat muka itu sahaja yang ingin bertanding.Inilah sikap BN yang masih pertahankan kuda kuda tua ini walaupun sepatutnya sudah di gantai dengan pemimpin yang lebih muda dan banyak idea untuk membantu rakyat.Tapi kerana sifat tamak yang menebal di dalam hati mereka ini sudah tentu BN keseluruhannya yang menangung akibatnya bila mereka di tolak oleh pengundi.Pembangkang sebenarnya sudah tahu di mana rakyat sudah jemu dengan sikap kuda kuda tua ini yang masih mahu bertahan dan ini dapat di hidu oleh pengbangkang dengan mengambil kelemahan BN ini terutama DAP dengan meletakan hampir keseluruhan muka yang bertanding adalah muka muka baru yang muda dan bertenaga.
Sepatutnya kuda kuda tua BN ini perlu berundur dan tidak perlu untuk mereka di jatuhkan dimasa pilihanraya kerana akibatnya sangat pedih untuk di terima.Kuda kuda tua ini perlu faham bahawa rakyat sebenarnya mahukan seorang pemimpin yang boleh bekerja dengan pantas dalam membela kehidupan rakyat yang masih dan dahagakan pembangunan.
Sebelum DUN dibubarkan 21 Mac lalu, BN menguasai 62 daripada 71 kerusi yang dimenanginya pada 2006. Jumlah kerusi dikuasai BN bertambah menjadi 63 selepas seorang wakil rakyat Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai SUPP. Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tewas banyak kerusi terutama kekalahan Presidennya, Tan Sri George Chan, 75, di Piasau, Miri. Namun, agak mengejut apabila Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Peter Nyarok, 69, tewas di DUN Krian yang majoriti pengundinya kaum Dayak, kepada calon PKR, Ali Biju. Pada 2006, Nyarok menang dengan majoriti 2,089 undi.
Kekalahan dua pemimpin veteran Sarawak itu juga jelas menunjukkan kegagalan BN untuk menilai 'winnable candidate' (calon boleh menang) sebelum penamaan calon, kerana sebelum ini sudah ada desas-desus mengatakan kedua-duanya perlu memberi laluan kepada muka baru.
Lebih teruk lagi apabila SUPP pimpinan Dr Chan terus 'berdegil' untuk mencalonkan semula hampir semua penyandang di kerusi masing-masing di sebalik laporan menyatakan bahawa angin tsunami bertiup kencang daripada DAP di kawasan majoriti Cina. Ini bukan bermakna, SUPP boleh menang jika menampilkan muka baru tetapi sekurang-kurangnya perubahan itu boleh membantu keadaan.
Gambaran sama juga berlaku di kerusi majoriti Dayak di Pelagus dalam Bahagian Kapit apabila calon Bebas, George anak Lagong, menang menewaskan calon BN, Stanley Nyitar @ Unja anak Malang yang mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS), dengan majoriti 2,837.Kemenangan majoriti dua pertiga BN itu memang sudah dijangka, tetapi apabila beberapa kerusi majoriti pengundi Dayak dimenangi pembangkang, ia jelas memberi mesej kepada BN.BN perlu mengambil ingatan ini agar dalam pilihanraya akan datang BN perlu menilai prestasi setiap calon sebelum di calonkan sebagai calon bertanding.
BN perlu memberi perhatian kepada mesej itu, kerana selama ini orang kata BN boleh kalah di bandar kerana segala kemudahan asas sudah disediakan oleh kerajaan, tetapi jika BN kalah di luar bandar, kemudahan asas itu sukar diperoleh. Itu pendapat lama.Kini, penduduk luar bandar sudah berani untuk menghantar mesej tertentu kepada kerajaan dan ia perlu diberi perhatian oleh BN. Bagi kerusi Ba'kelalan, kemenangan PKR memang dijangka kerana ia bagaikan obor untuk pembangkang.
TAHNIAN BN BERJAYA KEKALKAN SERAWAK..
BalasPadamTAPI HARUS DI INGAT ...PKR...DAH PASTI BERKUBUR SIKIT HARI LAGI....
DAN PASTINYA PARTI PAS AKAN TERUS LENYAP SIDIKIT DEMI SEDIKIT JIKA TERUS BERSAMA PAKATAN HARAM
NAMUN KITA HARUS INGAT MUSUH PALING BAHAYA SETAKAT INI DAP...BN BANYAK MENYERANG PKR..SEHINGGA LUPA PENGARUH DAP TERUTAMA DIKAWASAN BANDAR TAK MUSTAHIL DAP AKAN KEKAL DI P.PINANG JIKA TIADA PERANCANGAN YG.BAIK..
MUNGKIN STRATEGIK PAKATAN AKAN DATANG MEMASUKKAN CALON 2 BEBAS YG.RAMAI UNTUK PECAH UNDI..SEPERTI YG.BERLAKU DI SERAWAK..
KALAU DI LIHAT PADA PRU 12 & SERAWAK...PRETASI DAP LEBIH BAIK..LAGI DARI PKR...JIKA PAKATAN MEMERINTAH...SISTEM BERAJA DIHAPUSKAN..TIDAK MUSTAHIL DAP AKAN PEGANG TAMPOK PEMERINTAH....
BAK KATA PEPATAH MELAYU SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT...ITU LE YG.NAMPAK PADA DAP SEKARANG NI....
KEMENANGAN BN DI SERAWAK BUKANLAH SATU UKURAN UNTUK LAKSANAKAN PRU 13...KALAU TIDAK ADA PERANCANGAN RAPI
SEHARUSNYA BN SINGKIRKAN MANA MANA INDIVIDU YG.MENJADI MASALLAH KEPADA RAKYAT...
SEHARUSNYA PARTI MIC MCA TAK MENJADI TUNGUL...
ITULAH SEPATUTNYA YANG BERLAKU DI SARAWAK....TIADA GUNA KEKALKAN KUDA TUA YANG SUDAH DIKETAHUI AKAN TEWAS....KENAPA NAK TAKUT SINGKIRKAN PEMIMPIN YANG RAKYAT DAH TIDAK BOLEH TERIMA LAGI....JANGAN TAKUT UNTUK BUAT PERUBAHAN...PADA PEMIMPIN YG DAH LAMA SANGAT BERADA DI TAMPUK ..INGAT2 LAH YANG KITA TAK SELAMNYA DI SUKAI OLEH RAKYAT....JANGAN HANCURKAN BN HANYA INGIN KEKAL SEBAGAI WAKIL RAKYAT..
BalasPadamkekalahan bn bukan kerana calun, kerana saya tertengok dalam tv wartawan tanya satu bangsa ni, dia kata bn letak lah calun apa sekali pun kami tetap pilih yg tu juga, jadi tak perlu lah nak pening kepala nak analisis macam-macam rasanya bumiputra pendidikan tahap rendah pun tahu perkara ni
BalasPadamMuda atau tua bukan jadi hal. Asalkan yang tua masih banyak idea patut kekal. Yang muda bukan bererti akan lebih berkesan. Yang muda pun banyak yang koyak.
BalasPadam