Mari kita sama-sama tengok selama mana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh terus berlakon dan berpura-pura lelaki yang ‘gagah perkasa’ lanyak pelacur China dalam video seks yang menjadi isu semasa paling hangat itu bukan dirinya.
Kalau pada 4 April muncul bahagian satu dan petang Rabu bahagian dua – Khamis malam semuanya sudah terlondeh habis bila video penuh yang dinanti-nantikan sudah masuk ke beberapa laman blog tempatan.
Siapa yang muatkannya tidak diketahui.Apa yang penting sekarang ia membolehkan seluruh rakyat Malaysia melihat bukan dari segi kelucahan –tetapi menilai betul ke tak betul itu Anwar,orang yang tampil warak dan bermain dengan impian hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak terkejut kalau Anwar dikenali umum sebagai jenis manusia ‘gatal-gatal sikit’ .
Apa yang membuat ramai nak termuntah melihat lakonannya ialah beliau dikenali sebagai ‘ orang masjid’ dan menjadi pujaan hati Datuk Nik Aziz Nik Mat serta nama ulamak besar antarabangsa Yusof Al Qardawi sentiasa meniti dibibirnya.
Walaupun sekilas lengok dan stail lelaki dalam video itu orang yang kenal lama beliau dapat meneka siapa gerangannya... Anwar terus menerus menampilkan wajah ‘pijak semut tak mati’ sehingga ke waktu beliau ke Balai Polis Dang Wangi ,Kuala Lumpur untuk memberi keterangan lanjut petang Khamis.
Bila para wartawan yang nak korek lebih bertanya – Anwar yang selalu mendakwa konon dirinya pejuang kebebasan media – berwajah berang termasuk menolak mikrofon dan melemparkan kata-kata sinis.
Baginya kerja wartawan yang dinilainya alat UMNO ialah untuk menjatuhkan maruah dirinya dan keluarganya bagi mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak terus berkuasa sebagai Perdana Menteri..
Namun ada mereka yang sudah berpeluang melihat klip penuh video itu di laman blog Khamis malam tertawa panjang sambil berkata, “ bukankah kemungkaran main dengan pelacur China ini ditempahnya sendiri dan bukan didorong oleh sesiapa.
“Dia yang sedap lepas nafsu...sekarang nak tuduh orang cuba jatuhkan maruahnya dan keluarganya...banyak dia punya cantik,” kata seorang yang mengenali Anwar dan dakwa 100 peratus dia yakin lelaki dalam video seks itu tidak lain tidak bukan adalah Ketua Umum PKR.
Seorang pembaca yang geram melihat aksi Anwar memarahi wartawan semasa depan balai Dang Wangi berkata rakyat juga kini dapat melihat bagaimana para pemimpin PKR dan rakan dalam Pakatan Rakyat nak main drama dengan pendedahan video penuh ini.
“Awak pemimpin besar buat kemungkaran.....kena tangkap ...tanggonglah sendiri akibatnya."
Pembaca ini juga kata dia amat fedup melihat gelagat Anwar dan para pemimpin pembangkang asyik bercakap bab minta pengedar video ini dihukum tetapi tidak mahu nak desak nak tahu kebenaran siapa lelaki dalam video itu.
Ini,katanya bukan kisah mamat mana ditepi jalan tetapi libatkan Anwar bin Ibrahim.
Baginya trio Datuk T sudah kata mereka bertanggongjawab penuh dan sanggup menghadapi hukuman kerana menayang dan mengedarnya jadi apa nak bising-bising lagi.
“Kenapa takut sangat nak tahu dan mengakui lelaki itu adalah Anwar Ibrahim sampai sanggup menatang pemimpin sebegitu buruk moralnya,”katanya.
Apapun video penuh sudah keluar maka semua orang boleh menghayati dengan mata kepala sendiri bagaimana lelaki ‘anugerah Tuhan’ ini yang dakwa sakit belakang beraksi hebat diatas ranjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA