Perjuangan untuk menegakan keadilan akan terus di perjuangkan tanpa ada rasa jemu dan takut dalam merungkai setiap salah laku sex Anwar bagi menegakan kebenaran pada rakyat dan penyokong PKR yang masih mempertahankan Anwar seorang yang sangat bersih dan beliau adalah manusia yang di Anugerah Allah.Kerana itulah Umi Hafilda berkata, beliau berbuat demikian kerana mendakwa Anwar sudah lama menipu dan menyusahkan rakyat dan negara demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Umi Hafilda pada mulanya dijadualkan menyampaikan ceramah itu bersama bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohd Fairuz Khairuddin, yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara.Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bagi mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Azmi Setapa.Sementara itu, Umi Hafilda menafikan dakwaan pembangkang kononnya kemunculannya di pentas ceramah kerana diupah menjelang musim pilihan raya.
Katanya, beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang ceramah sejak 13 tahun lalu, termasuk ketika pilihan raya umum 2004 dan 2008.
Kemunculan saya ini atas rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara selepas mendapati Barisan Nasional (BN) kehilangan lima negeri kepada pembangkang pada pilihan raya umum lalu dan ini membimbangkan jika Anwar berjaya menawan Putrajaya,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA