Memang cukup marah Anwar bila ada wartawan bertanyakan soalan tentang jam Omega beliau yang kini berada di tangan Polis.Dapat kita lihat bagaimana marahnya si pelakon video sex begitu marah dan inilah julungkali nya semua rakyat Malaysia dapat melihat kemarahan Anwar di depan orang ramai.Agak agak Anwar marah ke bila Azizah bertanya kan soalan yang sama??
Anwar tak perlu takut sekiranya beliau seorang yang bersih kerana kebenaran itu akhirnya akan terbukti.Polis telah mengeluarkan kenyataan yang identiti sebenar pemilik jam tangan jenama Omega, didakwa milik Anwar yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Eskay kepada polis, akan diketahui dalam tempoh terdekat daripada pengedar jam tangan berkenaan.Sehingga identiti pemilik jam tangan berkenaan dikenal pasti, polis tidak melihat keperluan untuk meminta Anwar menyerahkan jam jenama sama milik Ketua Pembangkang itu yang didakwa ada padanya.Pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklum balas syarikat pengedar jam tangan terbabit melalui geran jam yang biasanya mempunyai maklumat lengkap pembeli.
Dari apa yang dapat kita lihat tempohari inilah sebenarnya sikap diri Anwar yang selama ini di agong agongkan oleh pencacai Pas selama ini dan terbukti Anwar sebenarnya tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut.
Kalau Anwar betul betul jujur dan tidak mahu berdolak dalih Anwar dan Azizah hanya perlu melakukan tiga perkara mudah yang sebenarnya boleh membersihkan imej beliau dalam sekelip mata.Tiga perkara itu ialah menunjukkan kepada orang ramai jam tangan Omega, menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah dan bersumpah laknat.Kalau betul jam itu ada, tunjukkanlah. Kenapa perlu takut kalau berada di pihak yang benar?Anwar juga tidak perlu berselindung di sebalik isterinya, Azizah dan anaknya Nurul Izzah semata-mata untuk mengharapkan simpati orang ramai.
Jika Anwar seorang yang berani Anwar sendiri perlu tampil ke hadapan dan menyangkal segala skandal seks yang dikaitkan dengan beliau termasuk menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video seks tersebut.Sedangkan sejak tercetusnya video tempohari sehinggalah ke hari ini satu pun penafian kita tidak dengar dari Anwar sendiri yang menafikan, sebaliknya hanya Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mempertahankannya.
Sikap Anwar yang suka berdolak-dalik bukanlah sesuatu yang pelik kerana beliau melakukan perkara yang sama di mahkamah ketika berdepan kes liwat.Apa yang seharusnya menjadi tanda tanya pada kes Anwar ini adalah sikap Pas yang masih bersekongkol dengan Anwar meskipun diyakini mengetahui siapakah sebenarnya pemimpin pembangkang itu.Pas sebenarnya tahu kebenaran kes yang dihadapi oleh Anwar namun dibutakan bagi mencapai matlamat politik yang mengatasi perjuangan kononnya berasaskan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA