Bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT kerana dengan rahmatnya sekali lagi rakyat Sarawak akan di beri kuasa untuk memilih kerajaan yang terbaik untuk membawa rakyat Sarawak kearah yang lebih baik dari sebelumnya.Semoga rakyat Sarawak tidak tersalah memilih pemimpin di mana pemimpin yang akan di pilih nanti adalah pemimpin yang akan mencorakan masa depan rakyat Sarawak kearah yang lebih gemilang lagi.Kita doakan rakyat Sarawak sentiasa di berikan hidayah agar sentiasa di berikan kewarasan untuk menghadapi saat saat genting bagi memilih satu kerajaan yang bertanggungjawab pada rakyat Sarawak nanti.
Oleh itu kita mengharapkan Rakyat Sarawak akan sentiasa bertenang untuk memilih pemimpin kerana sekali kita tersalah memilih kerajaan sudah tentu ianya akan membawa padah keatas seluruh rakyat Sarawak nanti.Semoga rakyat Sarawak tahu menilai mana satu intan dan mana satu kaca.Seperti ingatan PM pada rakyat Sarawak agar pengundi di negeri ini tidak mengundi mengikut sentimen pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, esok.Jangan undi ikut sentimen dan isunya kita perlu kerajaan yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan pada semua rakyat Sarawak.
PM juga menginggatkan bahawa pengundian esok berkisar mengenai masa depan Sarawak dalam memberikan kualiti hidup yang tinggi dan masa depan yang terjamin kepada seluruh penduduknya.Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden.
Diharapkan rakyat Sarawak tidak memperjudikan diri dan masa depan mereka dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri ke-10 esok.Impian rakyat Sarawak untuk melihat negeri mereka terus dibangunkan oleh BN tidak harus dipersia-siakan dengan membuat pilihan bijak dengan memberi semula mandat kepada kepimpinan negeri sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA