Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'
Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.
"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.
"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA