Islam membenarkan umatnya melakukan sumpah laknat bagi tujuan mencari kebenaran selepas seseorang itu dikaitkan dengan sesuatu tuduhan atau kesalahan yang tiada jalan penyelesaian.
“Sumpah laknat ini bukan perkara main-main kerana mereka yang bersumpah laknat mengharapkan balasan Allah demi mendapatkan kebenaran atas apa yang mereka katakan. Sumpah sebegini ada dinyatakan di dalam Islam untuk mengharapkan hidayah Allah terhadap perkara yang tidak dapat penyelesaian,” katanya yang enggan nama disiarkan ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata proses mubahalah ada dinyatakan di dalam al-Quran melalui ayat al-Imran ayat 61.
“Perkara ini adalah kemuncak untuk mendapatkan kebenaran bagi mengelak tuduh menuduh... jadi mereka yang saling menuduh boleh bersumpah laknat untuk menyatakan apa yang dikatakan itu adalah perkara benar.
“Mubahalah dilakukan untuk menyatakan kebenaran dan menegakkan hujah terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan setiap individu berdoa bersungguh-sungguh dan bersumpah saling melaknat antara satu sama lain,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA