Pertikaman lidah antara wakil kerajaan dan pembangkang berlaku selepas Speaker, Datuk R Ganesan menolak usul tergempar dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang), untuk menangguhkan persidangan bagi membahaskan kekasaran polis yang didakwa menyebabkan pengerusi pertubuhan haram HINDRAF Perak, P Ramesh dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB).Usul disokong A Sivanesan (DAP-Sungkai) itu bagaimanapun ditolak Ganesan kerana ia tidak perlu disegerakan, menyebabkan Mohammad Nizar, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) serta beberapa wakil pembangkang berang.
“Ketika kita (BN) menjadi pembangkang (selama 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak), kita tidak buat kerja bodoh seperti ini,” katanya mengakui ahli DUN bersimpati terhadap Ramesh tetapi kejadian itu berpunca daripada wakil pembangkang dan seorang Ahli Parlimen pembangkang sendiri.
Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) pula mendakwa Mohammad Nizar berbohong di DUN kerana Ramesh sebenarnya mendapat rawatan biasa, bukannya di ICU.
Mohamad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) kemudian mengusulkan Mohammad Nizar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana berbohong selain beberapa wakil kerajaan menggelar pembangkang sebagai pembohong dan penipu.
Semalam, polis menahan 14 individu, termasuk lima wanita selepas mereka enggan bersurai sebaliknya mendesak mahu bertemu Zambry yang ketika itu menghadiri sidang DUN. Mereka dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA