tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 16 April 2011

TERKINI DUN SARAWAK:KEADAAN TIDAK MENENTU


Pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok di sini kecoh apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi.Lima individu berkenaan termasuk tiga wanita dan dua lelaki memasuki kawasan tempat mengundi berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan mendakwa wujud pengundi hantu di pusat mengundi itu dan cuba menarik perhatian pihak polis. Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan BN enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun sudah diarahkan oleh polis supaya beredar. Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari.

Dalam pada itu sejumlah 233,134 pemilih atau 21.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebentar tadi. Ini menunjukan angka peratus yang keluar adalah rendah.

Menurut SPR lagi Kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi pilihan raya negeri Sarawak yang dibuka 8 pagi tadi, sudah ditutup jam 12 tengah hari yang kebanyakannya membabitkan kawasan pedalaman.Setakat ini, kira kira 15 peratus sudah keluar mengundi untuk 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 23 peratus lagi untuk 13 kawasan DUN.

Sementara itu di Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak di Kuching, Sibu dan Miri berjalan lancar tanpa sebarang insiden, kata polis di tiga bahagian itu.Di bahagian Sibu dan Miri, keadaan cuaca cerah mendorong pengundi termasuk yang menggunakan kerusi roda keluar awal untuk mengundi bagi mengelakkan hujan yang diramalkan pada tengah hari. Di Miri, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan, mengundi di Sekolah Menengah St Columba pada kira-kira 8.15 pagi.

Dr Chan, penyandang kerusi itu sejak enam penggal lalu ditentang calon DAP, Ling Sie Kiong, 28.

Ling yang dihubungi Bernama berkata beliau tidak mengundi di Piasau kerana didaftarkan di kawasan Lambir.
Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Piasau, Monica Lenya, berkata peratusan turun mengundi di kawasan DUN itu sehingga 10 pagi adalah 18.92 peratus daripada sejumlah 16,600 pengundi di kawasan itu.

Di Sibu, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Hal Ehwal Sosial dan Urbanisasi dan penyandang kerusi DUN Pakan, mengundi di Sekolah Kebangsaan Nanga, Wak, dekat rumah panjangnya di Pakan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah dan penyandang kerusi DUN Baleh, mengundi di rumah panjangnya Rumah Majau di Mujong, Kapit, di hulu Sungai Rajang.

Pengerusi DAP, Wong Ho Leng, yang mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Guong Ann pada kira-kira 9 pagi dengan ditemani isteri Irene Mary Chang dan empat anak mereka.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Seri Wong Soon Koh, dan isteri, Datin Sri Leong, mengundi di SJK(C)Chung Hua, di sini. Beliau ialah penyandang kerusi Bawang Assan.

1 ulasan:

  1. biasa2 je..pening dgn politik msia,hari2 ceta politik..siapa untung dlm hal ni,agama,bangsa atau negara..sya dah kurang dengar berita,bosan selalu ceta politik saja..bila nak bangun kan negara..sya dah pusing satu dunia..sya jumpa negara,canggih,maju,moeden,membangun,bergolak,miskin..tapi sya masih pening negara kita selalu ceta politik..utk sarawak sape menang sya ucap tahniah..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH