Apakah kita mahu seorang pemimpin yang hanya tahu menabur fitnah,memaki hamun dan buruk tingkah lakunya.Lihat sahaja bila ada wartawan bertanyakan soalan,Anwar tidak dapat menahan kemarahanya.Apakah ini ciri ciri seorang yang ingin menjadi Perdana Menteri ?Kalau belum lagi menjadi PM ,Anwar sudah menunjukan sifat bongkaknya dengan mengherdik wartawan dan ini mungkin akan terjadi sekiranya Anwar sudah berkuasa nanti.Tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku kerana sudah sedia maklum Anwar akan melakukan apa sahaja waima mencari perempuan durjana untuk memuaskan nafsu serakahnya.
Anwar menuduh PM kita dengan menyatakan kehadiran PM ke Sarawak adalah demi untuk menyelamatkan KM Sarawak.Anwar lupa yang Sarawak maju di bawah kepimpinan Taib Mahmud dan kedatangan Anwar ke Sarawak hanyalah untuk menghancurkan perpaduan dan kemakmuran yang sudah sekian lama di bina oleh kerajaan BN Sarawak.Anwar lupa bahawa lebih 30 tahun Taib membawa era kebangkitan dan kegemilangan Sarawak.Tidak pernah selama ini rakyat Sarawak berada dalam keadaan kekeliruan sehinggalah kehadiran Anwar yang mahu menghancurkan apa yang sudah di bina selama ini. Rakyat Sarawak perlu memikirkan apakah sumbangan Anwar selam ini untuk membantu membangunkan Sarawak walaupun semasa Anwar masih lagi berada di dalam Kebinet dahulu.Kita fikir sedalam dalamnya dan jangan kerana hasutan seorang yang sudah rosak keperibadianya kita hancurkan masa depan kita dan warisan yang sudah kita bina bertahun tahun lamanya.Bukan mudah dan masa yang singkat untuk kerajaan BN di bawah kepimpinan KM sekarang untuk membina sebuah negeri yang maju seperti apa yang sedia ada sekarang.
Kerana hasad dengki atas kejayaan BN selama ini Anwar akan berusaha meracuni pemikiran rakyat Sarawak agar membenci pada kerajaan BN sekarang.Sampai kehadiran PM ke Sarawak juga Anwar memutar belitkan fakta agar rakyat benci pada PM kita yang berusaha untuk meningkatkan keselesaan kehidupan seluruh rakyat baik di Sarawak mahupun di seluruh negara ini.Kehadiran perdana menteri, kata Anwar, menunjukkan BN percaya bahawa Taib tidak berkeupayaan untuk mendapatkan jaminan sokongan rakyat Sarawak untuk menyokong BN.Inilah pemimpin yang akan menghancurkan masa depan Sarawak yang kini sedang menuju ke arah negeri yang terkaya di Malaysia.Inilah harapan dan usaha Kerajaan BN bagi rakyat Sarawak.
Bagi seorang yang bertanggungjawab PM tidak sesekali melenting atau marah kerana Dalam kekerapanya ke Sarawak bukan sesuatu yang luar biasa.Pm berkata beliau membuat lawatan tersebut atas rasa tanggungjawabnya sebagai pengerusi BN dan perdana menteri.Kehadirn PM juga membawa khabar yang gembira buat rakyat Sarawak bila PM mengesahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju untuk berundur daripada jawatan itu pada masa sesuai selepas pilihan raya negeri akan datang.Perubahan kepimpinan negeri itu akan dilakukan secara terancang demi menjamin kestabilan politik di negeri berkenaan dan seluruh negara secara amnya.Namun, katanya, rakyat perlu bersabar dengan pelan peralihan kuasa itu dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memainkan isu kepimpinan Abdul Taib yang kononnya terlalu lama mentadbir negeri ini.Saya sudah berunding dengan Ketua Menteri Sarawak, memang dia sudah bersetuju untuk melakukan perubahan kepimpinan di negeri Sarawak.Percayalah kepada saya, pada waktu sesuai, perkara (peralihan kuasa) ini akan kita lakukan,katanya ketika berucap pada Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di sini malam ini
PADA SELURUH RAKYAT SARAWAK FIKIRKAN LAH MASA DEPAN KITA DAN ANAK CUCU KITA AGAR MEREKA AKAN MENDAPAT LEBIH LAGI KEHIDUPAN YANG SELESA DARI APA YANG KITA DAPAT PADA HARI INI.JANGAN HANYA KERANA INGIN MENCUBA MELAKUKAN PERUBAHAN KITA HANCURKAN SEGALANYA BAGI MEMBERI LALUAN PADA SEORANG PEMIMPIN YANG TERBUKTI SUDAH HILANG INTERGRITINYA.fIKIRKAN LAH SEBELUM KITA TUNAIKAN KEWAJIPAN KITA NANTI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA