Pemilik sebenar jam tangan Omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, kepada polis akan diketahui dalam masa terdekat selepas polis menerima pengesahan daripada pengedar jam jenama berkenaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam tangan Omega beliau kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA