tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 22 Februari 2009

ADAKAH KITA PERCAYA PADA PELARIS PERNIAGAAN

Pelaris bawa untung lumayan?

MEMINTA pertolongan daripada makhluk halus seperti jin menerusi penggunaan ilmu sihir ataupun azimat bagi tujuan melariskan perniagaan merupakan perbuatan yang bertentangan dengan syariah Islam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri ada mengeluarkan garis panduan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya kepercayaan terhadap khurafat dan azimat yang boleh menggugat akidah seseorang.

Garis panduan itu disediakan berikutan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 6 Oktober 1987 supaya diperincikan penjelasan mengenai khurafat dan azimat.

Umat Islam dianjurkan memohon sebarang bentuk pertolongan hanya kepada Allah dan bukannya melalui amalan memuja jin ataupun meminta bantuan daripada bomoh atau dukun.

Sebagai renungan, petikan maksud ayat Surah Attholaq 65:3 wajar dijadikan panduan oleh umat Islam iaitu yang bermaksud:

‘‘Barang siapa yang bertakwa, nescaya Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu’’.

Bagi mengupas isu tersebut wartawan AIZAWATI AHMAD dan FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN bersama jurugambar ZULHAFIZ HANAFIAH telah menemubual beberapa pakar termasuk meninjau pandangan orang ramai dan juga pengalaman individu yang pernah berhadapan dengan situasi tersebut.

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Penggunaan ‘pelaris’ dikatakan antara faktor yang memainkan peranan bagi membantu seseorang pengusaha menarik lebih ramai pengunjung ke restoran atau kedai makan mereka.

Menurut orang ramai, walaupun ‘pelaris’ tidak patut digunakan, penggunaannya bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terdapat kedai makan yang dikunjungi ramai sedangkan makanannya tidak begitu enak atau mempunyai tarikan lain.

Seorang kakitangan kerajaan, Muhammad Norhisyam Nordin, 29, berpendapat, penggunaan ‘pelaris’ memang tidak sepatutnya diamalkan kerana ia bertentangan dengan konsep perniagaan yang memerlukan keadilan dan kejujuran.

Menurutnya, menggunakan ‘pelaris’ sememangnya terbukti mendatangkan keuntungan yang cepat dan lumayan walaupun makanan disajikan itu tidak enak.

‘‘Daripada pemerhatian dan komen rakan-rakan, mungkin pengusaha Melayu lebih ramai menggunakannya tetapi bangsa lain seperti Cina dan India pun ada mengamalkannya,’’ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelasnya, jika yakin terhadap menu dan perkhidmatan yang ditawarkan, pengusaha restoran tidak perlu berbuat demikian kerana ia boleh menjebakkan mereka kepada perbuatan yang bertentangan dengan agama.

Sementara itu, seorang juruaudit, Nurraudhah Md. Jom, 27, berkata, tindakan menggunakan ‘pelaris’ adalah satu kesalahan besar tidak kira untuk apa juga alasan atau tujuannya.

Katanya, cara itu tidak patut digunakan peniaga kerana ia bertentangan dengan agama Islam dan menganiaya peniaga lain yang cuba mencari rezeki halal.

‘‘Seharusnya setiap peniaga berusaha sendiri untuk meningkatkan keenakan masakan selain kualiti layanan dan kebersihan premis mereka kerana saya percaya jika ia diutamakan, pengunjung pasti datang,’’ ujarnya.

Rakannya yang juga seorang juruaudit, Zetty Hayat Abd. Razak, 25, berkata, dia ada mendengar mengenai kewujudan pelaris walaupun tidak pernah melihatnya sendiri.

‘‘Saya cuma mendengar melalui rakan-rakan yang bercerita mengenai hal ini apabila mereka sering melihat gerai yang makanannya kurang enak tetapi dikunjungi ramai pelanggan,’’ jelasnya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan swasta, Terry Gallyot, 39, memberitahu, dia tidak pasti mengenai penggunaan ‘pelaris’ oleh pengusaha kedai makan walaupun pernah mendengar mengenainya.

‘‘Sukar untuk buktikan sama ada peniaga terbabit menggunakan ‘pelaris’ kerana selagi tidak mempunyai bukti yang kukuh kita tidak boleh menuduh.

‘‘Pelanggan yang datang mungkin sudah biasa berkunjung ke restoran berkenaan kerana sudah tahu menu yang ditawarkan,’’ jelasnya.

Ketika ditanya sama ada ‘pelaris’ turut diguna pakai dalam masyarakat Cina dan India selain Melayu, Terry berkata, jika ia memberi keuntungan yang berlipat ganda, tidak mustahil amalan tersebut turut digunakan oleh bangsa lain.


ULASAN:Apakah penulis penulis blog juga menggunakan atau mengamalkan pelaris untuk melariskan tulisan mereka supaya akan ramai pengunjung Pengunjung mengunjungi blog blog tulisan mereka.......jawab...jawab

1 ulasan:

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH