tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 28 Februari 2009

ROTAN ATAU LUCUT KERAKYATAN BAGI KESALAHAN MENGHINA RAJA RAJA MELAYU






Apakah perlu kita laksanakan satu undang undang bagi kesalahan menghina raja raja melayu bagi membendung perkara ini terus dipertikai kan .

Bagi saya patut perkara ini dilaksanakan untuk terus kita pelihara institusi raja raja melayu dari terus dihina dan dicabar.Apa yang berlaku di perak patut dijadikan landasan agar ianya perlu dilaksanakan supaya ianya menjadi satu pengajaran kepada sesiapa sahaja yang terus menghina dan mencabar kedaulatan raja raja melayu.

Jangan kesalahan merogol sahaja yang dikenakan rotan .Sekiranya penghinaan keatas intitusi raja raja melayu juga dikenakan rotan sudah tentu penghinaan terhadap institusi raja raja ini akan tidak akan berlaku.

Apa yang telah nizar bekas MB perak lakukan pada sultan perak yang mempertikaikan kuasa sultan untuk melantik MB yang baru.Kerana tiada undang undang penghinaan intitusi raja raja maka parti pembangkang terus akan mempertikaikan kuasa kuasa sultan yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Cuba kita lihat di Thailand dimana sesiapa sahaja yang mempertikai atau menghina raja mereka akan diambil tindakan kerana menghina sistem beraja di Thailand.Sepatutnya inilah yang perlu kita laksanakan agar institusi raja raja melayu kita akan terus terpelihara dan terjamin tanpa ada yang berani untuk mempertikai kannya.

Sebagaimana telah kita ketahui,Speaker Dun perak telah mengantung MB dan Exco yang baru dilantik oleh sultan perak dari menghadiri sidang Dun perak selama 12 bulan dan 18 bulan.Bukan kah Speaker Dun perak telah mempertikaikan perlantikan yang telah diperkenankan oleh sultan perak.Ini merupakan satu penghinaan pada sultan perak kerana parti pakatan tidak mengiftiraf perlantikan MB perak yang baru.

Bagi bangsa melayu dan rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran perlu intitusi raja raja melayu ini dipertahan dan dihormati agar ianya terus subur dalam sistem raja berperlembagaan negara kita malaysia.

Tengok apa yang telah karpal singh lakukan pada sultan perak dimana karpal singh telah mempertikaikan kuasa sultan dan ingin menyaman sultan perak kerana perlantikan MB yang baru.Apakah kita akan terus membiarkan karpal singh dan rakan rakan mereka dalam pakatan rakyat dari terus mempertikai dan tidak menghormati sultan sultan kerana ini adalah satu penghinaan pada raja raja melayu.

Sudah banyak aduan telah dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi raja raja melayu tetapi masih lagi pihak peguam negara tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengheret karpal singh kemuka pengadilan kerana menghasut untuk menghina sultan perak.

Kita orang melayu jangan takut untuk mengambil sebarang tindakan pada pengkianat yang terus menghina kedaulatan raja raja melayu.Kerana ini adalah tanah melayu dan sewajarnya mereka tidak mempertikaikan kedaulatan raja raja melayu.Sebenarnya mereka berani bersuara kerana ada segelintir bangsa bangsa melayu yang tamak dan rakus menyokong tindakan pengkianat ini kerana inginkan sokongan mereka bagi mendapatkan kuasa.

Golongan ini sebenarnya sudah lupa akan asal usul mereka kerana bagi mereka kuasa adalah segala galanya tanpa menghiraukan apa kesannya pada sistem raja berpelembagaan negara ini.

Banyak pihak yang telah memberikan pandangan bagi merungkaikan penghinaan pada raja raja melayu dimana mufti negeri perak telah menerangkan bahawa adalah satu kesalahan dan dosa besar kerana tidak menghormati institusi raja raja sebagai ketua pemerintah selagi ianya tidak melakukan kezaliman dan kemungkaran.Sebaliknya mereka yang gila kuasa ini mempertikaikan kerana bagi mereka kuasa adalah raja bagi mereka.


Ingin saya sentuh berkenaan pengunaan perkataan ALLAH dalam penerbitan agama kristian.

Ulasan dari (yadim)

Kerajaan perlu tarik semula kebenaran guna perkataan 'ALlah'

28/02/2009 4:56pm

KEPALA BATAS 28 Feb. — Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan ’Allah’ dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald- The Catholic Weekly.

Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan “Allah” bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.

Perintah tersebut berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ’Allah’, ’Kaabah’, ’Baitullah’ dan ’Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.

“Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim,” kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini.

Mohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini.

— BERNAMA

Kerosakan Hari Ini.

(DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUM P UR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati -hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI )

DARI SUMBER GARAMANIS.BLOGSPOT.COM/



ULASAN TPM MENGENAI DUN PERAK

Sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan

28/02/2009 3:49pm

KUANTAN 28 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini hari ini.

- Utusan


BAGI SAYA INI LAH MATLAMAT PARTI PEMBANGKANG KERANA BAGI MEREKA KUASA ADALAH RAJA BAGI NAFSU SERAKAH MEREKA.BAGI PEMBACA SEKELIAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN SEGALA TINDAKAN YANG MEREKA LAKUKAN KERANA YANG UTAMA ADALAH MEMPERTAHANKAN ISTITUSI RAJA RAJA MELAYU DARI TERUS DIPERSOAL DAN DIHINA SEBEGINI RUPA.


BERITA TERKINI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH