A.kum dan salam sejahtera pada semua rakan2 SRJK(I) 1970-1975.Permulaan bicara ingin saya merakamkan setinggi2 penghargaan pada semua rakan2 yang telah sudi untuk hadir pada majlis perjumpaan yang telah diadakan pada 27/12/2008 yang lalu.Seramai hampir 30 rakan2 telah hadir pada malam yang bersejarah itu.Setelah hampir 33 tahun tidak dapat berhubung antara satu sama lain setelah tamat darjah 6 pada 1975.Pada malam 27/12/2008 itu suasana pada malam itu sangat lah gembira kerana disamping dapat bertemu rakan2 yang lama terpisah kita juga dapat mengenali keluarga rakan2 yang kalau tak silap saya SAMSIAH ABDULLAH sudah mempunyai 7 orang anak dan seorang menantu.Kalau tak silap saya SAMSIAH akan mendapat cucu pada bulan mac nanti.Begitu juga pada rakan kita MAPUZA BAHARUM yang juga sudah menerima menantu tapi belum lagi ada rezeki untuk menimang cucu.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada rakan2 yang telah sama2 menyumbang baik pada wang ringgit mahu pun tenaga bagi menjayakan majlis perjumpaan bekas murid2 SRJK(I).Tidak lupa juga jutaan terima kasih pada AZME DOLAH atas sumbangan beliau sebanyak rm 1,000.00 untuk hidangan jamuan pada malam itu.Terima kasih juga pada AHMAD RAZI AHMAT atas sumbangan beliau membawa kumpulan amplag untuk kita berkaroeke dan tak lupa juga pada AZMY ARIFF atas sumbangan beliau menyediakan layar besar bagi memudah kan kita untuk melihat suasana malam itu dengan meriah sekali.
Pada semua rakan2 yang hadir pada malam itu ingin saya meminta maaf sekiranya tempat pada malam itu tidak berapa selesa dan juga mungkin dari segi makanan ada yang tak berapa pekenan dari segi menu.Saya juga ingin merakamkan setinggi2 penghargaan pada semua rakan2 yang telah sebulat suara melantik saya sebagai pengerusi untuk sesi 2009.
Saya juga ingin mengambil kesempatan diruangan ini untuk saya menyeru rakan2 yang belum lagi dapat ditemui agar dapat kira nya menghubungi saya sekira nya rakan2 ada yang terjumpa atau terbaca akan laman blog saya ini.
Insyaallah dengan rancangan dan kemuafakatan yang ada pada rakan2 semua insyaallah apa jua program dan rancangan kita untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan akan mendapat restu dari ILLAHI dan kerjasama dari semua rakan2.
Sebelum saya melabuhkan tirai bicara pada hari ini bacalah sebuah pantun dari saya...
-SRJK(I) DIBERI NAMA
-SEKOLAH NYA PUN SUDAH LAMA TIADA
-PERSAHABATAN TERJALIN KEKAL BERSAMA
-SEMOGA IKATAN AKAN TERSEMAT DI DADA
GAMBAR SEBAHAGIAN RAKAN RAKAN YANG DAPAT HADIR SETELAH 33 TAHUN TAK BRJUMPA
SILA KLIK GAMBAR/DISINI SEBELAH KANAN ATAS UNTUK MELIHAT RAKAN RAKAN YANG LAIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA