Sebenarnya Anwar sahaja yang menuduh BN bertangungjawab atas penyebaran gambar gambar bogel Adun Bukit terLANJANg.Anwar menuduh yang ini merupakan satu lagi konspirasi BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Tapi tidak pada parti PAS yang kurang bersetuju dengan dakwaan Anwar bahawa BN lah yang terlibat dalam penyebaran gambar bogel itu.Ini diakui sendiri oleh timbalan pesuruhjaya PAS III selangor.
Pas selangor juga mahu tindakan perlu diambil oleh parti keadilan rakyat keatas Adun berkenaan berhubung dengan gambar yang tersebar bagi menjaga intigriti dan nama baik pembangkang.
Bagi parti keadilan apa sahaja keburukan yang menimpa pemimipin mereka akan dihalakan pada BN yang menganggap ini adalah niat jahat BN.Ini lah strategi parti keadilan yang keterlaluan semata mata ingin menutup kelemahan pemimipin mereka yang tidak bermoral disamping ingin mengalihkan tumpuan dan merayu simpati rakyat.
Apa sahaja kes yang telah melibatkan keruntuhan moral pemimpin parti keadilan ,Anwar akan terus menuduh yang BN telah merancang konspirasi yang jahat untuk menjatuhkan wakil wakil pembangkang melalui pendedahan skandal moral .
Dalam kes Elizabert walau pun ada juga perasaan simpati dari wanita MCA tapi Anwar akan terus menuduh BN lah yang merancang .Inilah sikap Anwar yang sentiasa mencari kesalahan walaupun pemimpin mereka sendiri yang sudah runtuh moralnya.
Begitu juga yang terjadi pada wakil rakyat mereka di selambau yang dikaitkan dengan keruntuhan moral akibat skandal sex.Apakah ini juga konspirasi BN juga.Bermacam macam tuduhan yang dilemparkan pada BN dengan harapan rakyat terpedaya akan dakwaan ini .
Memang sudah menjadi satu kesalahan dan dosa yang besar bagi umat islam sekiranya bersekedudukan antara wanita dan lelaki tapi apa yang sebaliknya berlaku pada wanita PAS yang sanggup mempertahankan Elizaberth kerana melanggar hak peribadi Elizaberth
Apakah wanita wanita PAS tidak tahu hukum yang zina adalah satu dosa yang besar?Jadi kenapa perlu wanita wanita PAS perlu untuk mempertahankan Elizabert.Apakah wanita wanita PAS menyokong dan mempertahankan cara kehidupan Elizabert yang telah menolak norma norma kehidupan berkeluarga.
Sepatutnya sebagai parti yang bertunjangkan islam sebagai wadah perjuangan tidak perlu untuk wanita wanita PAS mempertahankan cara kehidupan Elizaberth yang telah menyatakan tidak ada cacat celanya dengan cara kehidupan yang beliau lalui.
Apakah wanita wanita PAS akan mempertahankan keruntuhan akhlak ini hanya disebabkan atas perasaan simpati.Janganlah kerana terkena pada rakan rakan pakatan sanggup menolak hukum hakam demi untuk mempertahankan satu kuasa yang telah ALLAH kurniakan.
Sedarlah wahai wanita PAS,tidak perlu kita pertahankan perosak perosak ugama ini yang hanya
tahu tiada cacat celanya dengan apa cara kehidupan yang dilaluinya.Jangan dek kuasa kita halalkan yang telah ALLAH haramkan .
Seolah olah wanita PAS memberi keizinan pada elizaberth untuk berbuat apa sahaja untuk melayari kehidupan wanita bujang dan menjadi hak elizaberth untuk beraksi dalam apa jua keadaan sebagai wanita bujang.
Adalah satu kesilapan untuk wanita wanita PAS yang memberi sokongan dan mempertahankan apa yang berlaku kerana salah laku moral walau melibatkan sesiapa tanpa mengira bangsa dan agama kerana ianya tidak wajar dipandang ringan.
Apatah lagi ianya melibatkan pemimpin yang sewajarnya menjadi contoh untuk diikuti oleh seluruh rakyat terutama anak anak muda yang terdedah degan gejala sosial begini.Dalam soal moral ini tidak perlu kita bersimpati kerana ianya bertentangan dengan soal nilai ,agama dan moral manusia.
Apakah wanita PAS bersetuju dengan kehidupan sebegini dengan sanggup untuk menyatakan perasaan simpati mereka pada perosak perosak akhlak yang sepatutnya kita usir jauh jauh supaya tidak terpalit pada anak cucu kita.Akan ada anak anak kita yang berkata"Tengok.Wanita muslimin pun pertahankan org yang terang terang telah mengaku akan kehidupan bujang walau ianya menyalahi norma norma kehidupan seorang manusia.
Bagi pemimipin pemimpin pakatan mereka akan menutup kesalahan kesalahan mereka dan meraih simpati rakyat dengan melabelkan ini sebagai satu konspirasi dari pihak kerajaan dan sekiranya ianya berlaku pada pihak kerajaan mereka akan terus mendesak agar pemimipin berkenaan meletakan jawatan dan inilah yang telah menimpa bekas menteri kesihatan chua soi lek.
Tapi bila bersangkut dengan pihak pakatan ianya tidak dilihat dari segi moral sebaliknya ini adalah satu niat kerajaan untuk menghapuskan pakatan rakyat.Itulah apa yang terjadi apabila Adun bota telah melompat parti untuk menyertai pakatan.Ini dikata kan demokrasi dan hak seorang wakil rakyat untuk menyatakan sokongan.
Tapi bila tiga wakil pakatan keluar dan menjadi wakil rakyat bebas pembangkang menuduh yang BN telah menyogok wakil wakil rakyat berkenaan dan menyifatkan tindakan BN itu adalah satu tindakan yang tidak bermoral
Bila 16 september tidak menjadi kenyataan kerana penolakan wakil wakil parlimen kerajaan ianya bukan satu tindakan yang tidak bermoral walau pun ianya satu tindakan Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang.
Begitu juga sorotan kerajaan diperak yang mana pembangkan sanggup menolak titah perintah sultan dan sanggup untuk menyaman sultan untuk mempertahankan kuasa .
Semua nya diangap salah dan haram bila ianya terjadi pada pemimipin BN dan menjadi halal jika pembangkang yang terbabit.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA