BN jangan terlalu yakin akan memenangi ketiga tiga PRK yang akan diadakan nanti.Kita tak mahu sebagaimana terjadi di kuala terengganu yang kita tersungkur ditangan PAS dek kerana calon yang tidak diterima oleh sebilangan pengundi dikawasan berkenaan.
Bagi saya tak perlu kita percaya akan laporan laporan yang menyatakan BN akan memenagi ketiga tiga kawasan berkenaan dengan hanya percaya akan laporan laporan yang ingin menyedapkan hati setiap penyokong penyokog BN.
Kejayaan akan lenyap tanpa kita berusaha bersungguh sungguh ibarat menunggu bulan jatuh keriba.Sudah dua prk yang BN lalui dan ianya sedikit sebanyak pengajaran yang berguna untuk kita hadapi pada tiga prk nanti.
Jangan lah oleh kerana pemilihan UMNO kita lupa akan tanggungjawab untuk kita berusaha merampas semula ketiga tiga kawasan berkenaan.
Disini lah letaknya keazaman kita untuk bersatu dan melupakan sementara pemilihan yang hanya untuk UMNO sedangkan pilihanraya ini ada lah nyawa BN untuk terus memperlihatkan keyakinan rakyat pada BN untuk hari yang mendatang terutama pada pru ke 13 nanti.
KIta tidak mahu asyik mengejar jawatan didalam UMNO tetapi kita terlepas ketiga tiga kawasan berkenaan pada parti pembangkang yang sesungguh nya akan mengunakan apa sahaja kekuatan untuk menghancur kan BN.
Bagi saya seelok eloknya pada waktu ini kita perlu menutup buku bab pemilihan UMNO ini kerana dari apa yang saya perhatikan baik dari penyokong penyokong BN sudah tentu mengharapkan yang BN perlu memenangi ketiga tiga kerusi berkenaan.
Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya yang mana setiap individu yang telah mengesahkan ingin bertanding didalam pemilihan nanti telah secara sedar atau tidak telah membuka akan kelemahan kelemahan rakan rakan yang bertanding.Ini akan dimanupulasikan oleh parti parti pembangkang yang sentiasa mencari akan kelemahan untuk di sebarkan kepada seluruh pengundi pengundi nanti.
Jangan kerana ingin mengejar jawatan segala kelemahan rakan rakan kita didalam BN atau UMNO itu sendiri kita yang sebarkan .KIta sebenarnya sudah tidak mampu lagi kehilangan walau satu pun kerusi pada pihak pembangkang .
Sekiranya kita sendiri yang mendedahkan segala kepincangan didalam perjuangan kita sudah tentu ianya satu kelebihan pada parti pembangkan yang sentiasa akan mendedahkan satu persatu kelemahan BN.
Jadi sebagai jalan yang terbaik untuk UMNO dan juga BN perlu lah setiap yang telah menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan UMNO nanti supaya cari lah satu penyelasaian agar jawatan tidak terlepas dan yang lebih mustahak tidak kehilangan kerusi baik DUN atau pun PARLIMEN.
Ingatan juga pada setiap bloggers yang sentiasa berjuang untuk kemenangan BN agar tidak
terlalu menyingkap segala kelemahan kelemahan tanpa ada segala fakta yang kukuh.Kerana bagi saya ketiga tiga kerusi berkenaan sangat lah penting untuk menentukan hidup matinya UMNO dan BN pada masa masa akan datang.
Jangan kerana hendak memenangkan calon pilihan kita dalam pemilihan UMNO nanti kita selongkar segala kekurangan untuk kita mempertahankan sekelumit jawatan sebab yang paling utama adalah memenangi semula ketiga tiga kerusi berkenaan.
Marilah sama sama kita pertahan kan UMNO BN yang telah banyak berjasa pada bangsa agama dan negara.Jangan kita hancurkan BN kerana ingin kan jawatan dalam UMNO.Tengok apa terjadi pada parti MIC dan GERAKAN,mereka hancur dek kerana jawatan.
Semoga perjalanan pemilihan nanti akan berjalan dengan tenang dan akan ada satu perubahan yang mana pasti keyakinan rakyat ingin satu perubahan yang dapat membawa negara kesatu tahap yang lebih CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG.
kepada yang tewas pada pemilihan nanti jangan lah ianya satu malapetaka kerana orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa diuji dan diuji.
Kepada bakal presiden UMNO nanti bawa lah malaysia kearah yang lebih gemilang sesuai dengan wawasan 2020 untuk merialisasikan negara maju yang setanding dengan negara negara maju.
Buat rakan rakan blogger marilah kita rapatkan barisan agar tidak dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan pemimipin pemimipin durjana mereka yang sentiasa akan berusaha untuk menghapuskan pemimipin pemimpin negara ini.Lihat sahaja apa yang mereka lakukan demi untuk menghancurkan negara dan orang orang melayu.
Inilah bukti yang pembangkang ingin menjahanamkan UMNO dan BN.(KLIK DISINI UNTUK BERITA)
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Salam tuan, Swajarnya para pemimpin BN bkerja keras pastikn BN menang. Blog tuan sudh d'link d blog sy. tk
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam