tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 14 Februari 2009

PAKATAN DAP,PAS,PKR DI AMBANG PERPECAHAN DAN KEMUSNAHAN

Pakatan DAP, Pas, PKR di ambang perpecahan?


KUALA LUMPUR: Belumpun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri.

Hubungan antara DAP dan Pas sudah lama dibayangi isu pelaksanaan undang-undang hudud yang dilaungkan Pas apabila DAP bertegas dengan pendiriannya menolak rancangan Pas manakala PKR mengambil jalan tengah.

Kini, timbul perbezaan pendapat antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berhubung krisis politik negeri Perak, yang tidak dipersetujui oleh Anwar.


Karpal Singh pada satu sidang akhbar Ahad lalu 'naik angin' dan meminta Anwar bertaubat serta mengundur diri daripada menerajui pakatan itu kerana mempromosikan politik lompat parti mengakibatkan pakatan itu kehilangan kuasa di Perak.

Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menghamburkan kekesalan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penasihat parti itu Lim Kit Siang kerana menyokong budaya politik Anwar.

Bagaimanapun, sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan untuk memberi gambaran tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak merupakan tindakan peribadi veteran DAP itu dan bukannya agenda pakatan pembangkang.

Mohammad Nizar apabila diminta mengulas rancangan Karpal Singh, berkata ia terpulang kepada Pengerusi DAP sendiri dan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu.

Apa yang nyata ialah kenyataan Karpal Singh menonjolkan peranan Anwar sebagai penggerak di sebalik keributan politik dalam negara sekarang.

Kegawatan politik Perak yang berterusan dengan tindakan undang-undang oleh Mohammad Nizar dan DAP, mengalih perhatian orang ramai daripada hakikat bahawa Anwar yang mencetuskan krisis politik itu.

Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Anwar mencanangkan kononnya pakatan ketiga-tiga parti akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada 16 September lalu kerana kononnya ada 31 daripada 140 Ahli Parlimen BN bersedia untuk melompat keluar parti bagi memberi majoriti mudah kepada Pakatan yang mempunyai 81.

Sebaliknya, cara politik Anwar menikam diri apabila Pakatan kehilangan Kerajaan Negeri Perak ekoran empat anggota partinya bertindak keluar parti dan menyokong BN.

Kini barulah beberapa pemimpin pakatan itu termasuk Karpal Singh mula mempersoalkan kredibiliti Anwar selaku pemimpin gabungan parti berkenaan.

“Beliau (Anwar) nampaknya baling batu sembunyi tangan,” kata penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein ketika ditemubual TV3 mengulas tindakan Karpal Singh yang disifatkannya sebagai diperalatkan untuk mengalih isu sebenar krisis politik di Perak.

Namun Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, cuba mengelak isu itu diperbesar-besarkan dengan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Karpal Singh dan hubungan mereka berdua tidak terjejas.

Sama ada Anwar akan terus menjadi pemimpin yang diterima dalam pakatan DAP, Pas dan PKR serta menggunakan lompat parti sebagai alat politik belum jelas dan akan ditentukan oleh masa.

Buat masa ini, kesan pertukaran kerajaan di negeri Perak menimbulkan spekulasi beberapa Adun mereka di Kedah dan Selangor akan menyertai BN dan mereka dibayangi kemungkinan turut kehilangan kuasa di kedua-dua negeri berkenaan.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan kawasan DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak pada 7 April ini, menjadi ujian getir bagi kelangsungan pakatan dan kepimpinan Anwar.

Adakah mereka berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas? Sekiranya keputusan memihak kepada BN, adakah desakan supaya Anwar berundur akan semakin meningkat? - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH