tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 7 Februari 2009

JANGAN PERKECIL KEBIJAKSANAAN SULTAN

Jangan perkecil kebijaksanaan Sultan: Muhyiddin


JOHOR BAHARU: Pakatan Rakyat dan Pengerusi DAP Karpal Singh diingatkan supaya jangan memperkecil kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dengan keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta melantik Menteri Besar yang baru.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata baginda yang pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara mempunyai asas perundangan yang kukuh untuk membuat keputusan sedemikian.

"Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda Pakatan Rakyat dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan.


"Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pembangunan Iskandar Malaysia di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menyaman Sultan Azlan Shah di atas keputusan baginda itu.

Muhyiddin berkata, apa saja keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak adalah selaras dengan hak baginda yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri itu dan Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada keengganan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan menunjukkan beliau menderhaka terhadap Sultan, beliau berkata tindakan tidak menghormati keputusan yang dibuat baginda itu menurut istilah Melayu adalah satu penderhakaan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berharap keadaan tegang di Perak itu tidak akan berlarutan kerana rakyat mahu melihat sebuah kerajaan negeri yang stabil untuk meneruskan agenda pembangunan.

"Rakyat tidak mahu melihat dua nakhoda di dalam satu kapal, rakyat tidak mahu. Kita mahu memulakan kerja," katanya.

Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, yang turut hadir pada majlis taklimat itu pula menyifatkan tindakan penyokong parti pembangkang berdemonstrasi di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, petang semalam sebagai sesuatu yang amat biadap.

Katanya, tindakan mereka itu mengeruhkan lagi keadaan dan menimbulkan emosi yang amat tinggi.

"Saya bimbang ia akan berlarutan dan saya menasihatkan pemuda kita supaya bertenang di dalam keadaan sekarang, tetapi ia bukanlah mudah jikalau provokasi (dilakukan) terhadap raja kita," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH