Episod pengantungan Menteri Besar Perak dan Enam Exco kerajaan negeri adalah satu lagi tindakan yang mempertikaikan hak dan kuasa Sultan Perak yang telah melantik Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan enam ahli Exco nya daripada menghadiri sidang Dun nanti.
Tindakan yang telah dibuat oleh Speaker berkenaan juga merupakan satu bentuk tindakan balas dendam kepada BN yang telah diperkenankan Sutan Perak bagi menubuhkan kerajaan bagi mengganti kerajaan boneka pakatan.
Seharus nya rakyat Perak perlu bangkit dari terus diperbodohkan oleh pengkianat pengkianat yang telah tidak menghormati keputusan Sultan Perak atas perlantikan Menteri Basar dan enam ahli Exco terbabit.
Kemana kah kewarasan mereka untuk berfikir ?Apa kah tidak tahu yang tindakan ini akan membuat rakyat akan berdepan dengan kecelaruan dan membuat pentadbiran negeri menjadi ssedikit terganggu.
Tidak syak lagi ,tindakan ini diambil adalah atas sifat membalas dendam dan busuk hati atas perlantikan Menteri besar dan Exco dari kerajaan BN.Seharusnya sebagai rakyat perak ,perlu untuk kita menggigati akan mereka agar tidak mengundang permasalahan dengan pihak istana kerana sebagai rakyat yang menghormati institusi raja raja melayu seharusnya kita tercabar dengan tindakan yang tidak langsung menghormati raja raja melayu.
Apakah dikalangan pakatan sendiri tidak menghormati akan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan perak.
Sebagai seorang speaker sepatutnya sivakumar terlebih dahulu memaklumkan pada semua ahli ahli dewan dan perlu mendapat persetujuan dari mereka semua samaada ingin mengambil sebarang tindakan atau sebaliknya.Dalam apa keadaan sekalipun speaker tidak boleh membuat keputusan dengan sendiri.
Apakah ini satu muslihat parti pakatan untuk menumbangkan kerajaan BN yamg mendapat perkenan sultan perak bagi menerajui kerajaan negeri perak yang sah.
Apakah sivakumar dalam keadaan waras dalam membuat keputusan berikut.Keputusan ini juga mendahului mahkamah yang belum lagi membuat keputusan mengenai status kerajaan perak setelah pakatan sendiri yang memohon perintah mahkamah bahawa nizar masih lagi MB perak yang sah.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA