tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 19 Februari 2009

ELI NAK BERCUTI


Eli: Saya tetap lepaskan exco, Adun
Feb 19, 09 3:08pm

Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur.

"Saya akan kekal sebagai ahli parti dan meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil," katanya.

Elizabeth membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam 15 Februari lalu, mengenai penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Dengan kenyataan terbaru Elizabeth hari ini, maka ia bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Bukit Lanjan.

Pada 7 April depan, pilihanraya kecil akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu, manakala kerusi Bukit Selambau kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam dari PKR pada awal bulan ini.

Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini tidak menolak kemungkinan - jika berlaku kekosongan di DUN Bukit Lanjan - pilihanraya kecil di situ akan diadakan serentak pada 7 April.

Menurut kenyataannya hari ini, Elizabeth berkata beliau telah berlepas keluar negeri untuk bercuti.

Menurutnya, walaupun beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan exco dan Adun, namun pihak media dan laman-lamanweb masih terus menceroboh kehidupan peribadi dan privasinya.

"Saya telah dimaklumkan oleh beberapa pihak media bahawa mereka akan terus menyiar berita-berita yang lebih sensasi mengenai kehidupan peribadi saya.

"Saya juga telah diberitahu bahawa terdapat satu serangan baru, dengan lebih banyak foto dan video diedarkan untuk memalu dan memusnahkan saya.

"Ini adalah satu episod yang paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah pada serangan dan begitu hina. Saya perlu berihat dan mencari ketenangan jiwa dari semua yang berlaku terhadap saya," katanya.

Menurut Elizabeth lagi, beliau amat menghargai sokongan semua pihak, terutama para pengundinya, golongan wanita khususnya dan rakan-rakan seperjuangan dalam parti.

"Perkataan tidak cukup untuk mengungkap penghargaan saya terhadap kebaikan hati anda semua," tambahnya.

Dalam kenyataan itu juga, Elizabeth berkata negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

"Kadar pengangguran semakin meningkat, manakala rasuah masih berleluasa. Saya berharap perbincangan umum hendaklah tertumpu kepada isu-isu penting ini, dan bukannya menganalisa kehidupan peribadi saya. Prinsip saya tetap kekal.

"Saya tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai kehidupan peribadi saya," katanya.

Sehubungan itu, Elizabeth berkata kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapapun.

Beliau juga merayu kepada pihak media serta penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa.

"Saya meminta pihak media supaya jangan menganggu saya, anggota keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya, supaya kami juga berpeluang hidup seperti rakyat biasa yang lain," katanya.


ULASAN:

kenapa nak keluar negara?ada kah dah rindu sangat dengan kekasih .......sampai tak sabar lagi nak tunggu ........balik.

Apala si gELI ni....adakan dah buat maksiat masih kata tak langgar undang undang ....mana beliau belajar bila dah bero... kata tak langgar undang2 dan menyusahkann orang.

pasal kau la satu malaya susah....Anwar pun pening kepala dibuatnya.

Kalau dah buat silap tu mengaku ajer la....agaknya tak mahu rasa diri tu bersalah sebab ada yang membela apa yang elizaberth buat tu tak menyalahi undang2 kerana dai masih bujang...kau ingat kau bujang kau boleh buat sahaja.

ITula kalau nak hidup macam orang biasa letak jawatan dan hidupla macam mana kau lalui sekarang...masa tu orang tak akan ambik peduli akan perjalanan hadup kau.

Cuba kau masuk BN,,,,PASti akan menyerang kau habis2an.....PASti ni pun satu dah tahu elizaberth tu dah buat benda yang menjijikan masih nak pertahankan lagi....aper ke hal ni yob.....

Org kampong yang tak tahu hukum hakam pun tahu yang zina tu satu dosa yang besar.Yang PASti tahu kalau sapa sokong perjuangan pas benda yang haram boleh jadi halal.

Macam nizar....dah la derhaka....sanggup nak heret sultan ke mahkamah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH