Enam orang Adun telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baru dalam satu istiadat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Sebelum itu, Jumaat lalu (6 Feb) ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Perak di tempat yang sama berikutan berakhirnya kuasa kerajaan pakatan parti campuran setelah tiga orang Adunnya keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN.
Antara barisan Exco baru yang telah mengangkat sumpah ialah:
1. YB Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat)
2. YB Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong)
3. YB Dr. Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang)
4. YB Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)
5. YB Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting)
6. YB Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA