Bukan hanya rakyat di perak saja yang menuntut supaya Anwar Ibrahim memohon maaf tapi seluruh rakyat diMalaysia mahukan Anwar Ibrahim segera minta ampun pada semua Duli Duli Raja Melayu kerana Anwar lah orang yang menjadi punca segala kemelut tercetusnya segala penentangan terhadap institusi raja secara terbuka dan agresif.
Rakyat mengecam akan tindak tanduk Anwar yang memulakan segala kemelut ini yang berpunca dari strategi beliau untuk merampas kerajaan malaysia walau pun ianya adalah membelakang kan suara mojoriti rakyat yang mahu kan BN memerentah .
Tanpa rasa ada kesalahan dari apa yang dilakukan ,Anwar bertekad untuk merampas kerajaan dengan memujuk sebilangan ahli Parlimen dari BN untuk menyeberang ke pihak pakatan rakyat.
Apabila beliau gagal untuk merampas kerajaan diperingkat pusat,Anwar memulakan rancangan dengan menarik adun adun BN yang mempunyai masaalah untuk keluar dari BN dan ianya berhasil apabila adun Bota diperak telah berjaya dipujuk oleh Anwar sekali gus menampakkan hasil usaha beliau untuk mendapat kan lebih ramai YB YB dari BN akan berjaya.
Tetapi ALLAH itu maha mengetahui dan bijaksana, akhirnya ibarat di kejar dapat satu yang dikendong bertaburan,akhirnya dua wakil rakyat dari keadilan dan satu dari DAP telah keluar dari pakatan dan ditambah pula dengan kembalinya semula Adun bota kepangkuan Umno dan bermula lah episod bagaimana pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diperkenankan oleh sultan perak akhir nya mempertikai kan keputusan sultan untuk melantik kerajaan baru perak.
Sebenarnya ini lah tujuan Anwar untuk melihat suasana keadaan menjadi tidak ketentuan.Setelah kegagalan projek 16 september yang beliau gagal untuk menumbangkan kerajaan BN walau pun melalui kaedah lompat parti yang beliau mulakan.
Dan apabila keadaan berlaku sebaliknya diperak ,Anwar dilihat gagal untuk memberikan nasihat kepada pemimpin pembangkang supaya berundur tapi terus mendesak supaya kerajaan yang sedia ada dipertahan kan dengan apa cara sekalipun,walau pun sultan perak telah memerintahkan supaya kerajaan yang sedia ada meletakan jawatan.
Sepatut nya sebagai seorang pemimipin melayu yang menjunjung kasih dan kesetiaan pada sultan Anwar perlulah menasihati agar kepimpinan yang ada tidak melangar akan titah perintah sultan perak.
Tapi sebalik nya Anwar mempertahan kan Nizar sebagai MB perak yang sah dan mengangap kerajaan BN yang telah diperkenankan sultan perak adalah kerajaan yang haram.Beginilah biadap nya Anwar kepada sultan perak dengan tidak membenarkan Nizar meletakan jawatan.
Bila saja kekalutan dan ketidak tentuan berlaku di negeri perak Anwar terus sahaja mengambil peluang bersama kepimpinan pakatan yang lain untuk sama sama dengan segelintir rakyat perak yang tidak tahu menghormati akan institusi beraja untuk membantah akan titah perintah sultan perak dengan mengadakan demontrasi di depan istana dengan Raja muda perak juga menjadi mangsa .
Seharusnya Anwar dan sekutu sekutu pakatan nya perlu menasihati akan rakyat dan kepimpinan yang ada agar mereka berundur dengan secara terhormat agar tidak menghina institusi beraja diperak.
Kegagalan Anwar untuk meredakan penyokong penyokong nya dari membuat rusuhan menyebabkan ianya dilihat menjadi dalang pada semua rusuhan yang berlaku di hadapan istana tempohari.Sememangnya dari apa yang berlaku itu ada sinonimnya apa yang berlaku pada 1998 yang tercetusnya demontrasi jalanan.
Anwar perlu bertangungjawab atas apa yang terjadi dengan tercalarnya institusi raja di negeri perak yang sekian lama nya tiada apa yang terjadi.Rakyat tidak mahu Anwar terlepas fari tangungjawab ini dengan tidak sependapat dengan tindakan karpal untuk menyaman sultan perak.
Rakyat telah menyatakan ketidakpuasan terhadap tindakan Anwar yang mencetuskan suasana tidak tenteram dan rakyat akan membantah terhadap sikap para pemimpin pakatan yang telah mencalar kan istitusi beraja diperak yang diangap menderhaka pada istana perak.
Merujuk mengenai tindakan karpal yang ingin menyaman sultan perak ,seharusnya rakyat bangkit dengan tidak bertolak ansur bagi mempertahan kan institusi raja raja melayu terhadap mana mana pihak yang menderhaka dan ingin menjatuhkan raja raja melayu agar institusi raja akan terus terpelihara dan dipertahankan.
Rakyat tanpa mengira fahaman politik dan khasnya bangsa melayu perlu lah bersatu agar kedudukan raja raja melayu akan terus terpelihara dan dipertahan kan sejajar dengan keistimewaan orang orang melayu dan agama islam dalam perlembagaan negara.Sesunguhnya orang orang melayu harus menangani cabaran yang mengancam perpaduan kaum yang mana kepentingan kaum kaum lain akan tetap terpelihara dan terjamin.
Sesunguhnya kesinambungan ketuanan melayu dalam bidang politik,ekonomi,agama, dan kebudayaan harus terus dipertahan dan dijulangkan.KIta orang melayu tidak mahu dengan terjadi nya peristiwa diperak tempohari akan memusnahkan seluruh kesejahteraan yang dimusnahkan oleh bangsa melayu sendiri.
Pada kesimpulan nya Anwar harus bertangungjawab agar segala yang termaktub dalam perlembagaan negara tidak disentuh demi menjaga keharmonian dan kestabilan dalam negara ini.
Rakyat perlu menilai apa yang telah dilakukan oleh Anwar dan rakan rakan dalam pakatan terhadap institusi raja raja melayu ketika ini.Kita tidak mahu suatu hari nanti anak cucu kita akan terus mengikuti jejak jejak yang dimulakan oleh Anwar dengan menderhaka pada institusi raja raja melayu kerana bagi rakyat yang setia pada raja raja tindakan yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan itu adalah satu penderhakaan pada bangsa dan negara.
Hakikatnya Anwar harus menerima Qada dan Qadar kerana segala ketentuan hanya lah dari ALLAH SWT.Maka jadilah seorang umat islam yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuannya.
Sesunguhnya rakyat menanti permohonan maaf dari Anwar.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA