Meruntuh kan tamadun amatlah mudah sekali hanya dengan tiadanya kewarasan dan keimanan yang sebati didalam jiwa,tapi untuk membina nya harus melalui perbagai rintangan dan kesungguhan.
Apakah dengan ingin menegakan keadilan dan kesamarataan sanggup kita menghancurkan tamadun bangsa melayu yang kita bina dari zaman kesultanan melaka hanya untuk memuaskan nafsu segelintir politik yang bercita cita besar untuk mendapat kekuasaan?
Apakah kita lupa bagaimana kejatuhan kesultanan melaka?Jatuh nya malaya ketika itu pada jepun,tak payah la kita tengok kejatuhan yang diluar dari negara ini kerana semuanya sudah kita pelajari masa dialam persekolahan lagi.Semua ini adalah hasil tiadanya kemuafakatan dan hanya untuk mementingkan diri sendiri.
Apakah selama lebih 50 tahun kita menikmati kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pejuang pejuang umno dan rakan rakan lain membuatkan negara ini hancur .Lihat sahaja rakan rakan disekeliling negara kita.Apakah mereka lebih maju dari kita?
Jangan lah kerana ingin mempertahan kan kuasa sanggup kita hancurkan institusi raja raja melayu yang selama ini kita perjuangkan.Sepatutnya kita bersyukur kerana dengan raja raja melayu dapat lagi kita bernaung dibawah kesultanan melayu dan yinggal di tanah melayu ini.
Apakah kita bangsa melayu sanggup melihat kedaulatan raja raja melayu di hina oleh bangsa bangsa lain dan termasuk lah segelintir bangsa melayu sendiri yang lupa akan kewujudan intitusi raja raja melayu ditanah melayu ini.
Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh pemimipin pemimpin melayu yang inginkan kekuasaan ,mereka sanggup melakukan apa saja termasuk menderhaka pada institusi raja raja melayu dan bersama sama dengan pemimipin yang tidak bersyukur ini untuk mengheret institusi raja raja melayu kemahkamah.
Pemimipin sebegini sebenarnya tidak mempunyai tangungjawab kerana sanggup menjadi dalang terhadap penentangan pada institusi raja raja melayu.Kita perlu memahami akan hak hak institusi raja raja agar tidak ada akan mempersoalkan institusi raja raja itu yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Apakah pemimipin sebegini ingin kita bagi ruang untuk berkuasa nanti.Sebagai bangsa melayu yang tahu akan nilai nilai sistem institusi raja raja melayu ini seharusnya kita pertahan akan segala kerakusan mereka yang ingin kan kekuasaan hingga ketitisan darah yang terakhir.Ini lah semangat juang anakanak bangsa melayu yang ingin melihat tiada sebarang ancaman untuk mengangu gugat institusi raja raja melayu.
Ingat lah,sebagai bangsa melayu kita juga ingin maju dan setanding dengan bangsa bangsa lain,kerana kita bangsa melayu masih lagi jauh tertinggal kebelakang dari bangsa bangsa lain.Perpecahan hanya akan melambatkan usaha kita untuk maju.
Akhir sekali,bangkit lah bangsa ku agar sama sama kita pertahan kan warisan kesultanan raja raja melayu dari terus menerus di hina dan di keji dengan kita singkirkan pemimipin pemimipin yang tidak tahu menilai dan menginsafi sejarah bangsanya sendiri.
Sedarlah bahawa sekiranya bangsa melayu itu sendiri bersatu tidak mustahil yang bangsa melayu akan menjadi bangsa yang maju dan berdaulat dibawah naungan institusi raja raja melayu.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA