Dr
Adun pangkor YB DR ZAMBRY ABD KADIR telah mendapat perkenan sultan perak sebagai menteri besar perak yang baru.Beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada 10 Febuary ini bersama dengan barisan Exco nya.
Dengan perlantikan menteri besar yang baru akan menamatkan segala kegelisahan dan ketidak tentuan keadaan politik di perak.Semoga kerajaan Barisan Nasional nanti akan dapat memberikan khidmat yang terbaik pada seluruh negeri perak yang sememang nya itu lah doa dan harapan seluruh rakyat perak.
Semoga barisan kepimpinan baru nanti akan dapat mengimbangi semula segala bentuk kecelaruan yang telah barisan pakatan lakukan.Ini termasuk lah mengkaji semula status pemberian tanah kekal pada penduduk kampong baru dan pemberian tanah pada sekolah2 cina yang telah pakatan rakyat beri.
Sememang nya kejatuhan kerajaan pakatan rakyat di perak akan akan menghagat kan lagi suasana politik dimalaysia dan semesti nya di perak.Jangan lah kerana jatuh nya kerajaan sombong dan bongkak pakatan akan membuat membuat kerajaan barisan merasa selesa dan megah dengan kembalinya kuasa yang terlepas selama hampir 10 bulan itu,Sesunguh nya rakyat akan memerhati dan menilai keberkesanan kerajaan barisan nanti.
Tidak mustahi yang kerajaan barisan juga akan jatuh tersungkur sekiranya tiada ke ikhlasan dan kewarasan dalam mentadbir nanti.Disini lah sebagai orang muda dan mendapat kepercayaan lain2 adun semestinya lah beliau sentiasa mengambil berat akan masaalah yang dihadapi oleh rakyat dan sentiasa mendengar segala rintihan rakyat yang sememang nya rakyat mengharapkan satu perubahan yang akan mengubah lanskap ekonomi dan sosial negeri perak.
Selepas menubuhkan kerajaan diharapkan kerajaan pimpinan DR ZAMBRY nanti tidak akan terikut2 akan rentak kerajaan terdahulu yang sentiasa saja mencari kelemahan kerajaan barisan nasional yang lama dan diharap jua agar kereta camry yang telah pun digunakan itu di jual kerana kereta buatan malaysia juga setanding dengan kereta buatan luar.
Semoga dengan tertubuh nya kerajaan nanti akan dapat menstabilkan kembali segala kegawatan politik di perak nanti.Semoga kerajaan akan dapat mengembalikan semula sistem politik musyawarah baik antara komponen parti barisan nasional maupun dengan parti pakatan rakyat.
Sesungguh nya segala pengorbanan dari wakil rakyat kerajaan amat2 lah dituntut agar pada pru 13 nanti tidak akan terjadi perak terlepas ke tangan parti yang tidak tahu langsung untuk memerintah.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA