tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 7 Februari 2009

MB Nizar umum empat dasar penting

| Feb 7, 09 1:26pm
kemaskini 6:03pm Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut:

bullet button tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,

bullet buttonmenghidupkan semula lapangan terbang Ipoh dan meluluskan peruntukan RM2.7 juta untuk kegunaan pesawat tambang murah Firefly,

bullet button kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta dalam skim kifalah kepada warga tua khususnya miskin yang meninggal dunia, dan

bullet button seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat - sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini - akan terus menjalankan tugas mereka.

Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan," tambahnya,

"Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri BN) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini."

Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan.
Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.

Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.

Lebih 100 orang penyokong PAS termasuk anggota Unit Amal parti itu berada di kediaman tersebut yang kelihatan seperti biasa.

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa pada Mohammad Nizar dan kerajaan pimpinannya.

Dr Zambry mengangkat sumpah di Kuala Kangsar semalam di tengah-tengah kekecohan akibat bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat - tidak jauh dari Istana Iskandariah, tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Sementara itu, perkembangan berkaitan di negeri tersebut, antaranya:

bullet buttonAngkatan Muda PKR Ipoh Barat membuat aduan polis sebagai tindak balas terhadap laporan Pemuda Umno berhubung akuan berkanun ketua bahagiannya Fauzi Mamat yang mendakwa timbalan perdana menteri cuba menyogok RM50 juta dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak.

Datuk Seri Najib Razak didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Putrajaya tidak lama selepas pilihanraya umum tahun lepas.

bullet buttonSembilan yang ditangkap polis dalam perhimpunan besar depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam bagi membantah pelantikan Dr Zambry ditahan reman sehingga esok.

bullet buttonPara pemimpin BN Perak membatalkan satu mesyuarat khas - asalnya dijadual jam 5 petang ini di bangunan Umno - dipercayai bagi membincangkan barisan exco baru negeri tersebut.

bullet buttonPakatan Rakyat melancarkan kempen penerangannya berhubung kemelut kerajaan Perak 8 malam esok di Chenderung Balai, Sungai Manik.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang dijadual menyampaikan ucapan.

bullet buttonPemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap pemimpin atasan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan "menghina titah Sultan Perak" yang dianggap berbau hasutan.

Selain terhadap Mohammad Nizar, ketua pergerakannya Zainol Padzi Paharudin turut menamakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH