Bagi menghadapi 2 pilihanraya yang akan diadakan di parlimen bukit gantang (perak) dan dun bukit selambau(kedah) BN tiada pilihan lain dengan perlu bekerja keras untuk memenangi semula kedua dua kerusi tersebut dari pas dan parti pkr.
Justeru hanya kerja keras dan persediaan yang rapi saja yang dapat menjamin kemenangan parti bn bagi memastikan kedua2 kerusi itu dapat dirampas dari pembangkang dan diharapkan semua pihak perlu bekerja kuat,bersungguh sungguh,serta bekerjasama sebagai satu pasukan.
Sebagaimana dengan prk kuala terengganu yang kekalahan bn adalah berpunca dari faktor calon.Samada faktor itu betul atau tidak ,seharus nya pihak pihak atasan perlulah mendengar suara orang ramai supaya calon yang dipilih nanti benar benar popular dikalangan penduduk setempat.Tidak guna kita memilih calon yang hebat tapi calon yang dipilih itu tidak mesra rakyat.
Inilah cabaran paling getir buat BN untuk memilih calon calon yang betul dan tepat yang memenuhi selera pengundi tempatan.Calon yang berkedudukan yang tinggi dan terkenal tak semestinya akan diterima oleh pengundi2 kalau ia nya tidak mesra rakyat.
Dengan pergolakan dalaman politik pihak pembangkang seharus nya BN perlu mengambil peluang bagti membuktikan yang pihak pembangkang tidak lagi menghormati prinsip demokrasi,tidak menghormati kehendak rakyat dan tidak menghormati keputusan raja raja melayu sehingga sangup tidak menghormati keputusan raja hingga sangup menderhaka pada sultan perak.
Semoga akan menjadi kayu pengukur pada BN untuk menilai punca2 kekalahan 2 prk yang lalu,semoga tidak lagi nanti selepas pemilihan calon nanti ada juga kedengaran dengan ketidakpuasan dengan calon2 yang dipileh nanti.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA