Langkah itu, menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mesti disegerakan, lantaran cabaran yang menggugat pembangunan negara dari pelbagai sudut kini semakin mendesak.
Katanya, jika Pas boleh mengetepikan beberapa prinsipnya untuk menjalin kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka bukanlah sesuatu yang mustahil jika parti itu menyambut usaha bermuzakarah dengan UMNO demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan percaya, kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini akan berjaya dibentuk jika kedua-dua parti menyisihkan perbezaan pegangan politik untuk duduk semeja untuk merundingkan masalah yang melanda negara.
''Saya percaya pemimpin UMNO bersikap terbuka menyambut idea pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
''Bagaimanapun, idea itu mesti diterjemahkan dalam bentuk kerjasama antara UMNO dan Pas supaya ia benar-benar dapat memanfaatkan rakyat negara ini terutamanya bangsa Melayu yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.
Selain kenyataan tersebut, Dewan Pemuda Pas juga meluluskan resolusi menggesa kerajaan mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti bumiputera yang dilihat oleh banyak pihak senada dengan pendirian UMNO yang mempertahankan supaya dasar tersebut diteruskan.
Mengulas lanjut, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, senario pasca Pilihan Raya Umum ke-12 membuktikan wujud usaha melemahkan kedudukan bangsa Melayu dari peringkat institusi raja-raja Melayu hinggalah ke golongan bawahan.
Sehubungan itu, katanya, usaha segera untuk mengembalikan kekuatan Melayu terutama di kalangan generasi muda mesti digerakkan dan salah satu daripada caranya adalah menerusi muzakarah UMNO-Pas - dua parti terbesar mewakili orang Melayu.
''Kita bimbang usaha-usaha untuk melemahkan penyatuan bangsa Melayu semakin diperhebatkan tetapi pada masa yang sama sesama Melayu enggan bekerjasama untuk mempertahankan kedudukan mereka.
''Sebab itu inilah masanya untuk pemimpin-pemimpin Melayu baik dari parti kerajaan mahu pun pembangkang memikirkan apa yang terbaik untuk menyelamatkan bangsa dan agama sekali gus menyelesaikan masalah-masalah negara,'' katanya.
Rosnah juga melihat kejayaan Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas sebagai peluang untuk parti itu terus membuka laluan bagi merealisasikan muzakarah antara UMNO-Pas.
Hmm Melayu UMNO mungkin mudah lupe
BalasPadamHarap2 Pas jgn lak lupe macam mane UMNO kencing diorg dulu...
UMNO tak sedar diri ke dan nak minta tolong dengan PAS. Orang Melayu pun menyampah dengan UMNO. Ketua Puteri UMNO tu pergi perbetulkan Puteri tu semua yang macam GRO UMNO. Projek punya pasal sanggup segala gala nya. Blah tu UMNO.
BalasPadam