tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 22 Oktober 2009

TEOH BENG HOCK:APAKAH BENAR TEOH MATI DI BUNUH?

Pakar Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan berpendapat, 80 peratus kemungkinan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah akibat dibunuh dan 20 peratus lagi dia dipercayai membunuh diri.

Menurutnya, kesimpulan itu dibuat setelah beliau meneliti laporan bedah siasat oleh dua pakar patologi dari Malaysia berhubung kecederaan yang dialami mendiang, gambar bedah siasat dan tempat kejadian serta filem X-ray yang dibekalkan kepadanya.

Porntip yang juga ketua pengarah Institut Sains Forensik, Kementerian Kehakiman Thailand menjelaskan, melalui dokumen yang diperoleh beliau mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian dubur mungkin akibat tusukan objek tumpul seperti kayu.

Beralih kepada kesan retak pada tempurung kepala, Porntip tidak bersetuju dengan pendapat dua patologi, Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Shamberker bahawa ia berpunca daripada tekanan pada bahagian kaki ketika mendiang terhempas.

Sebaliknya, kata Porntip, hasil penelitian ke atas laporan kedua-dua pakar tersebut, beliau membuat kesimpulan kecederaan itu berpunca daripada tekanan objek tumpul.

Menyentuh kesan lebam pada leher Beng Hock, Porntip berkata, ia adalah konsisten dengan kecederaan yang dialami akibat dicekik menggunakan jari dan bukannya akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Beng Hock mungkin jatuh dalam posisi kakinya mencecah dataran sebelum dadanya terhempas, kata Porntip ketika disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor.

Beliau menganggarkan Beng Hock menemui ajalnya antara pukul 6 dan 8 malam, 16 Julai lalu sebelum dua pakar patologi, Khairul Azman dan Prashant tiba di tempat kejadian.

Porntip dilantik oleh kerajaan negeri untuk memberikan pendapat berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang forensik setelah tidak berpuas hati dengan pandangan dua pakar patologi tempatan.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pendakwaan 1, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menyatakan bahawa terdapat kecacatan pada laporan Porntip kerana pendapatnya berdasarkan dokumen dan gambar yang dibekalkan serta pakar itu langsung tidak terlibat dalam bedah siasat mayat Beng Hock.

Saksi inkues ke-30 itu bersetuju dengan kenyataan Kevin.

Inkues yang masuk hari ke-27 hari ini diadakan ekoran kematian Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang, 16 Julai lalu di Plaza Masalam, telah menimbulkan banyak persoalan.

Ini kerana beberapa jam sebelum itu, mendiang baru selesai ditemu duga di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 plaza itu sebagai saksi berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Inkues didengar oleh Koroner Azmil Muntapha Abas.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia ketika menyoal Porntip berkata: ‘‘Setujukah memandangkan kamu tidak memeriksa dan membedah siasat mayat Beng Hock, tidak pergi melawat tempat kejadian di tingkat 14 Plaza Masalam dan tidak dibekalkan beberapa dokumen relevan, adalah tidak tepat untuk kamu menganggarkan peratusan tersebut.”

Porntip bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Hock Chuan kerana berdasarkan prinsip kerja, beliau perlu menjaga hak mayat tersebut.

‘‘Dalam kes ini saya tidak menyedari ia melibatkan isu politik. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya mahu membentangkan pendapat kepada mahkamah ini berdasarkan permohonan peguam,’’ kata Porntip.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas rangka Beng Hock.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH