Kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz perlu mengakui pada rakyat bahawa kerajaan pusat telah banyak membantu kerajaannya sejak Pas berjaya mentadbir kerajaan kelantan.Selama ini Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kerajaan negeri walaupun kerajaan negeri dikuasai oleh Pas.
Banyak yang kerajaan BN telah hulurkan bantuan pada kerajaan negeri dan seharusnya Nik Aziz tidak menafikan pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri itu.Pelbagai bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat itu merupakan bukti kerajaan negeri pimpinan PAS tidak pernah diabaikan oleh kerajaan BN.
Contoh yang dapat dilihat yang kerajaan BN membantu Kelantan adalah dalam soal pelancungan dimana kerajaan BN telah membelanjakan RM35 juta untuk membangunkan kawasan yang berpotensi.kalau nak diikutkan kerajaan negeri sampai bila pun negeri Kelantan tidak akan maju dan dapat dikenali diserata dunia.
Kadang kadang kita sedih kerana dalam kerajaan BN terus membantu kerajaan Kelantan Pas pimpinan Nik Aziz ada juga pemimpin mereka terus memburukan kerajaan BN di pusat.Apakah ini balasan yang harus diterima oleh kerajaan BN setelah kerajaan sedia membantu kerajaan negeri.
Kelantan seharusnya bertuah kerana mempunya pemimpin seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, kedua-dua dari negeri itu, yang telah memainkan peranan besar terhadap pembangunan di Kelantan.Diharapkan kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam membangunkan bandar Kota Bharu bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang kenegeri kelantan dimana ini akan menguntungkan kerajaan Nik Aziz.
Lihat sahaja pembangunan di Manek Urai dimana walaupun kerajaan BN kalah dalam prk yang lalu Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat diManek Urai.Banyak yang kerajaan BN telah luluskan untuk pembangunan di Manek Urai.
Pada MB Nik Aziz jangan lah asyik menyalahkan kerajaan BN sekiranya kerajaan negeri gagal dalam membangunkan negeri Kelantan.Sebagai MB Nik aziz perlu mempunyai banyak idea bagi membangunkan negeri supaya menjadi maju atau setidaknya setanding dengan negeri negeri yang berada dibawah kerajaan BN.Sudah hampir 20 tahun Nik Aziz memerentah Kelantan ,Kelantan masih berada pada tahap terkebelakang dimana ramai anak anak Kelantan telah berhijrah kenegeri lain kerana tiada satu pembangunanpun yang MB usahakan bagi menahan anak anak Kelantan dari keluar mencari rezeki dinegeri lain.
Setelah menjadi MB Kelantan tiada apa yang boleh dibanggakan untuk dijadikan satu mercu tanda dinegeri Kelantan selain negeri kelantan terkenal dengan negeri Serambi Mekah.Tapi disebalik Nama Serambi Mekah Kelantan dikenali juga dengan patung Budhha yang boleh dikatakan yang terbesar dinegara ini.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA