Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.
Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.
Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tingg
cukup dengan perkataan MA'AF?
BalasPadamcukup dgn air mata simpati?
cukup dgn menyingkirkan?
sekadar itukah cukup utk kita melihat ustaz yg sepatutnya lahir bersama Dajjal diakhir zaman berlalu pergi?
cukup dgn dipenjara 7 atau 8 tahun??? (akan dikatakan cause of death ialah infection after mass bleeding or other tapi bukan DIBUNUH kerana kematiannya diatas katil hospital)
laknatlah dan celakalah atas kamu ustaz yg berSYAIR (bukan SYIAR) dlm agama.
anak yatim sekecil 7 tahun, diikat, ditumbuk, ditampar dan ditendang.. kamu memang celakalah ustaz akhir zaman!!!!!