tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 9 Mei 2011

PUAK YANG BUTA PERLEMBAGAAN SAHAJA YANG MAHU LAGAKAN ISLAM -KRISTIAN

PERKARA 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara, sudah jelas dan tidak perlu diungkit lagi. Sejak 54 tahun negara merdeka, tiada siapa yang mempertikaikan perkara itu sehingga rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog bahawa majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Berita itu disiarkan dalam laman blog ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi artikel Making Christianity the official religion? dan blog ‘Marahku’ di http://marahku.blogspot.com sebelum diterbitkan Utusan Malaysia. Berita itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia amat sensitif serta bercanggah dengan perlembagaan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara, umpama bom jangka. Jika apa yang disiarkan blog itu benar, adakah penganjur majlis berkenaan buta perlembagaan atau sengaja berniat jahat untuk mencetuskan permusuhan di kalangan umat Islam dan Kristian. Apakah mereka cuba menangguk di air keruh kerana umat Islam di Malaysia ketika ini memang dimomokkan dengan pelbagai isu politik semasa.

Soalnya, bolehkan Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub. Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan kerana Islam bukan setakat agama rasmi, tetapi agama Persekutuan. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

“Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Apa saja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja,” kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Bolehkan Perdana Menteri dilantik di kalangan bukan Islam termasuk Kristian? Ini juga bertentangan dengan semangat perlembagaan walaupun tidak menya-takan dengan khusus Perdana Menteri semestinya Islam.
Amat tidak logik jika Perdana Menteri bukan Islam menasihati Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam. Justeru, melihat kepada perlembagaan, tidak sepatutnya ada pihak bermain api dengan membangkitkan usaha untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan melantik bukan Islam sebagai Perdana Menteri.

Jika ada juga usaha itu ia menguji ketegasan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak tegas. Golongan ini hanya membangkitkan kebencian antara rakyat Islam dan Kristian, sedangkan selama ini mereka hidup harmoni.

Polis tidak perlu menunggu sehingga masjid atau gereja dibakar untuk bertindak. Siasat hingga ke akar umbi untuk memastikan kesahihannya dan pastikan mereka yang terbabit diheret ke muka pengadilan mengikut Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun sudah ada penafian terhadap perkara itu. Tindakan segera dapat menyelamatkan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH